Hishammuddin Atau Hashimah Terus Merayu

 

BUKAN main resah dan gelisah lagi Hishammuddin Hussein atau ‘Hashimah’ bila pihak Suqiu mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan yang mereka telah menggugurkan tujuh dari 83 perkara itu.

Kemana-mana sahaja dia pergi, dia akan meminta-minta orang ramai tidak terus menerus menuduh dan mengkritik Pergerakan Pemuda di bawah pimpinannya.

Dia juga tidak suka dia dikritik dan dikatakan sebagai lembik dan lembab. Kalau boleh, ikutlah akhbar Berita Harian (sebut Berita Hairan) yang mengelarkan Hishammuddin atau Hashimah sebagai Wira Dalam Senyap.

Berbuih-buih mulut Hishammuddin meminta-minta dan merayu-rayu supaya berilah dia kepercayaan sedikit waktu lagi dan dia akan buktikan gelaran pondan siam yang diberikan kepadanya akan dapat dibuang jauh-jauh kerana dia mahu bekerja keras sekarang untuk terus menjual maruah orang-orang Melayu.

Difahamkan, Hishammuddin cukup jarang berada di kawasan pilihan rayanya, Tenggara dan khabarnya dia cukup bergantung kepada dua wakil rakyat di kawasannya, Halimah Sadique dan Ameran Sohiran menjaga rakyat kerana dia mahu mencipta nama di Kuala Lumpur.

Hishammuddin naik kerana Dr. Mahathir mahu membalas budi Allahyarham Hussein Onn. Dia sebenarnya tidak layak menjadi menteri. Dia bertanding buat pertama kali dan terus dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industeri. Kemudian dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama.

Dr. Mahathir lantik Hishammuddin kerana dia mahu Perdana Menteri selepasnya tidak mengenepikan anak-anaknya hanya kerana dia anak Perdana Menteri. Dr. Mahathir turut memberi muka kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dr. Mahathir mahukan… anak-anaknya juga digilap.

Jika Hishammuddin anak kepada Hussein penarik beca di Kota Tinggi, Johor, dia kini hanya layak menjadi peguam seperti peguam-peguam lain yang melambak di negara ini. Tetapi disebabkan dia saudara sepupu Najib dan anak kepada bekas Perdana Menteri, maka dia diberikan peluang untuk mendapat tempat dalam politik.

Dalam masa yang singkat, dia boleh duduk berbincang dengan Suqiu dan akhirnya menjual maruah Melayu dengan mengatakan Suqiu bersetuju untuk menggugurkan tujuh dari 83 tuntutan. Dia tidak faham bahasa mungkin atau dia memang kemaruk mencari populariti setelah dia gagal melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Khabarnya dia bercadang mahu menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno seperti yang pernah dilakukan oleh naibnya, Aziz Sheikh Fadzir sedikit waktu dahulu. Tetapi kemudiannya barisan Exco akan memujuknya semula dan dia akan menarik balik surat itu… tak jadi berhenti.

Dia nak buat-buat kecoh supaya orang akan kata dia hebat dan berprinsip. Sesiapa yang tahu kisah di Kementeriannya tentu akan terkejut kerana semua setiausaha-setiausahanya hidup dengan kemewahan dan dikelilingi kereta-kereta mewah serta pemandu seorang satu.

Inilah akibatnya kalau orang-orang Melayu dilekakan. Umno terus memunggah kekayaan negara untuk diri mereka dan kroni-kroni. Yang taksub dengan Umno akan mengatakan bahawa itu hak Umno untuk menyeleweng kerana kuasa berada di tangan sendiri.

Jangan lupa… kita yang sedar dan nampak penyelewengan, mestilah berazam tukar kerajaan yang ada. Usah biarkan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman terus kaya dengan rasuah walaupun pernah ditangkap oleh BPR ketika mempunyai RM100,000.

Kita jangan biarkan Rafidah Aziz terus menerus menganugerahkan saham-saham kepada menantunya, Fazrin Azwar.

Kita jangan biarkan Dr. Mahathir menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad dengan wang Petronas kerana anaknya ada kepentingan di situ.

Kita jangan biarkan Dr. Mahathir terus menerus menghina Islam dan ulama. Kita jangan biarkan Abdullah Ahmad Badawi terus mengayakan saudara maranya dengan peluang-peluang perniagaan yang ada.

Dan kita selamatkanlah negara ini dari manusia-manusia seperti Hishammuddin, Dr. Mahathir dan rakan-rakannya yang lain. Kita berdoa semoga Dato’ Seri Anwar Ibrahim cepat sembuh dan moga-moga masih ada ruang-ruang waktu yang Allah izinkan untuknya membina semula Malaysia yang tercinta ini.

 

UN5-21012001/Ahad:UN5