KUCAR KACIR UMNO BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK

 

Sejarah telah tercipta di UMNO Bahagian Bandar Tun Razak apabila rakan-rakan intelligen OPS 2004 telah melaksanakan operasi mengharu-birukan UMNO Bahagian tahun lalu sehingga mengakibatkan sejumlah lebih 6,000 ahli UMNO di bahagian tersebut bertindak keluar parti dan menyertai KeADILan & PAS. Kejayaan ini harus dilihat sebagai titik tolak kepada usaha menghancurkan kekuatan UMNO di Bahagian-Bahagian lain seluruh negara yang kini umpama hidup segan, mati tak mahu.

Di saat menghitung detik-detik terakhir kehancuran UMNO di seluruh negara, intelligen OPS 2004 petang tadi telah melaporkan kepada Sekretariat mengenai kisah 3 orang pemimpin UMNO di Bahagian Bandar Tun Razak yang kini saling cabar-mencabar dan berlumba-lumba mereput jawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan parti usang itu Mac atau April akan datang. Kisahnya begini:

Penyandang Jawatan Ketua Bahagian sekarang iaitu Tamunif Mokhtar akan menghadapi cabaran dari: Amir Salleh dan Dato' Mokhtar Samad (Bekas Ketua Bahagian).

Soal siapa yang nak bertanding atau siapa nak menang biar terlingkuplah mereka dan tidak perlulah kami jelaskan secara panjang lebar dalam ruangan ini, cuma kami ingin membawa pengetahuan anda kepada beberapa kisah X-File yang ketiga-tiga mereka hadapi selama ini.

Dilaporkan oleh para perisik: ketiga-tiga mereka punya skandal sexs dengan beberapa perempuan. Amir Salleh sendiri sebagai contoh akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak lama lagi atas saman yang telah dikemukakan oleh salah seorang isterinya kerana didakwa tidak menyempurnakan nafkah. Beliau juga turut dilaporkan mempunyai beberapa kes yang yang membabitkan khalwat.

Bagi dua yang lain, perisik melaporkan mempunyai beberapa kisah pembabitan mereka dalam kegiatan tidak bermoral membabitkan beberapa wanita di sekitar Lembah Kelang. Sama-samalah kita tunggu kisah selanjutnya.

Begitulah nasib para pemimpin UMNO: Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Awak Yang lebih.

Di saat sibuk mengiakan tuduhan Mahathir Lahanat terhadap DSAI dengan tuduhan tidak punya moral, cermin dulu muka awak tu. Tunggu.... kami akan dedahkan satu persatu kes kerendahan moral anda terutama mereka bertiga di atas.

Nasihat bagi ahli UMNO yang masih Merah Berkarat. Sokonglah salah seorang dari ketiga-tiga mereka di atas atau lebih elok kalau anda sokong sahaja ketiga-tiga mereka mengisi perjawatan dalam UMNO Bahagian Bandar Tun Razak kelak.

Marilah kita penuhkan UMNO dengan pemimpin yang elok budi pekerti seperti Amir Salleh, Tamunif Mokhtar & Dato' Mokhtar Samad. Lepas tu kita tubuhkan Persatuan Bohjan SeMalaysia (PBSM) pimpinan Tungku Adnan Tunku Mansor. Setuju ?...

Ha, apa komen orang Bandar Tun Razak ?. OPS 2004 nak dengar jugak...

Prebet AYOB SEKRETARIAT OPS 2004