UMNO KINI PECAH LIMA

Kini ahli UMNO hangat membincangkan gulungan mana yang mampu mengetuai UMNO.

Mahatir kini tersepit, UMNO kini ada lima kumpulan yang bergabung untuk mengulingkan Mahathir.

Pertama kumpulan Musa Hitam yang mengunakan SUHAKAM sebagai platform nya dan Shahrir Samad sebagai jurucakap dalam MKT dan UMNO.

Kedua kumpulan Dollah Badawi yang megunakan jawatan Menteri Dalam Negeri dan Rais Yatim sebagai jurucakap dalam kerajaan. 

Ketiga kumpulan Tengku Razaleigh yang mengunakan Ibrahim Ali sebagai jurucakap dalam UMNO.

Keempat kumpulan Anwar Ibrahim yang mengunakan Mat Taib dan Mahyuddin Yasin sebagai jurucakap dalam UMNO dan Kerajaan.

Kelima kumpulan Mahathir yang mengunakan Rafidah dan Daim sebagai juracakap dalam UMNO dan kerajaan.

Kini ada ura ura kumpulan ini bergabung di antara satu sama lain secara senyap untuk mengulingkan Mahathir dan mencari penganti memimpin UMNO yang lebih sesuai. Perjumpaan telah di lakukan di Luar Negara beberapa kali dan di dalangi beberapa ahli perniagaan terkemuka.

Olih kerana Mahathir tersepit, beliau membuat perkiraan untuk PAS dan keADILan membantu beliau untuk mempertahankan kuasa dari di tikan dari belakang olih kumpulan dalam UMNO sendiri.

Sama sama kita lihat adakah Mahathir bijak berpolitik dalam krisis UMNO ini!!