UMNO SEMAKIN PARAH kiriman AZMAN

 

 

 

Setelah drama penuh aksi di Sauk berakhir, pemimpin-pemimpin UMNO mula bercakaran sesama sendiri.Kenyataan terbaru Datuk Seri Rafidah Aziz yang mencadangkan supaya jawatan Naib Presiden UMNO menunjukkan berlakunya krisis dalaman yang serius di dalam UMNO. Tun Ghafar Baba pula tumpang semangkuk dengan mencadangkan supaya jawatan Timbalan Presiden UMNO pula dimansuhkan.Perperangan di kalangan ketiga-tiga puak dominan di dalam UMNO sudah tidak dapat dielakkan lagi. Puak paling dominan di dalam UMNO iaitu team A atau team Dr Mahathir kian terdesak kebelakangan ini setelah pendedahan bekas Ketua Pengarah BPR yang mengatakan Dr Mahathir cuba menghalang BPR menyiasat Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Abul Hassan. Sandiwara yang dimainkan oleh Dr Mahathir Di Sauk menemui kegagalan dan niatnya untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu lain tidak tercapai.Sebaliknya setelah berakhirnya krisis rampasan senjata di Sauk, UMNO mula mengalami keretakan dan masing-masing cuba menyalahkan antara satu sama lain.

Puak kedua terkuat di dalam UMNO ialah team B atau team Semangat 46 kini diterajui oleh TPM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sibuk menobatkan dirinya sebagai pembenteras ajaran sesat setelah dikecam hebat oleh ramai pihak ekoran tindakannya mempertahankan tindakan Azlina and company yang telah ditangkap oleh Jais baru-baru in.Taktik Pak Lah untuk menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengena kerana tiba-tiba muncul Lef.Jen.Zaini sebagai hero negara dan berjaya menjulang award aktor terbaik sekaligus mengenepikan pencabar terdekat yang merupakan calon favourite, Ketua Polis Negara Tan Sri Norain Mai.Lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila rahsianya yang pernah menjadi Bendahari Pertubuhan Nasrul Haq,sebuah pertubuhan silat yang diisytiharkan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Apakah beliau akan mengalami nasib yang serupa dengan Tan Sri Musa Hitam yang terpaksa meletakkan jawatannya sebagai TPM dan Menteri Dalam Negeri selepas berlakunya peristiwa berdarah di Memali.Orang kanannya Datuk Rais Yatim gagal memainkan peranan menjatuhkan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin.Nampaknya masa depan puak ini di dalam UMNO terumbang-ambing dan tidak menentu.

Puak ketiga dominan di dalam UMNO ialah Team Wawasan dan 15 ahli MT yang pro bekas TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Teraju utama puak ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Kejayaan beliau menyelesaikan krisis di rampasan senjata di Sauk telah meningkatkan lagi imej beliau yang tercalar setelah kemenangan tipisnya di Parlimen Pekan pada pilihanraya Umum yang lepas dengan majoriti 200 lebih undi.Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO ini iaitu Najib, Muhammad Taib dan Muhyiddin Yassin bijak berpolitik dan tidak tergesa-gesa menyalahkan pihak pembangkang ekoran krisis rampasan senjata di Sauk.Ini mengakibatkan kemarahan Dr. Mahathir yang terang-terang ingin mengkambinghitamkan pihak pembangkang di dalam krisis tersebut.Cadangan daripada Rafidah Aziz supaya jawatan Naib Presiden UMNO dimansuhkan sebenarnya merupakan luahan hati Dr Mahahir sendiri.Kejayaan puak ini menarik ramai ahli Keadilan menyertai UMNO semula adalah bertujuan untuk menguatkan kedudukan mereka di dalam UMNO. Kini, mereka berpeluang cerah untuk menguasai UMNO dan sekaligus menggulingkan Dr Mahathir.

Hakikatnya UMNO semakin parah dan Dr Mahathir semasa era pemerintahannya telah membawa negara kita ke zaman kegelapan atau Dark Ages.Sungguh menyedihkan kerana ketika ini beliau ibarat seekor singa tua,menteri-menterinya umpama serigala,hakim-hakim pula seperti anjing dan rakyat  hanyalah ibarat kambing yang sering menjadi mangsa dan terpaksa tunduk kepada keadaan.Zaman gerhana seharusnya berlalu dan rakyat perlu berani untuk memilih jalan mereka sendiri. Kerajaan dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat wajar direalisasikan.