Perpecahan Melayu Atau UMNO@BN yang nazak …????.


Sandiwara murahan UMNO@BN

Sandiwara UMNO@BN itu lah bahasa yang sesuai untuk ISU PERPECAHAN MELAYU (ISU
SENSASI TERKINI) ….kesian kita melihat UMNO@BN …. Dalam usahanya menjadikan PAS
dan KeADILan sebagai CINA BUTA dalam usaha mereka memujuk bekas ahli UMNO@BN dan
orang Melayu agar kembali jadi gundik mereka semula …. Ke GILAAN TALAK UMNO@BN
sudak menjadi ANJING YANG MELALAK DITENGAH MALAM … meraung dan menangis sehingga
mengganggu keheningan malam yang syahdu.

Kesian pun ada sedih pun ada …. UMNO@BN yang bertuankan Mahathir@Mahafiraun yang
kini sedang berguru dengan REGIM ZALIM BURMA…telah menjadi kebencian orang
Melayu serta rakyat dan bangsa Malaysia. Sejarah Mahathir@Mahafiraun sebagai
dalang utama kepada kejatuhan 2 Perdana Menteri terdahulu telah terbongkar,
serta ia telah menjadi barah yang amat teruk kepada UMNO@BN . Apakan daya dalam
beberapa siri sandiwara terdahulu ( contoh Al-Maunah / Suqiu dll ) UMNO@BN telah
gagal menipu dan memperbodohkan rakyat dan bangsa Malaysia …. Tapi ini lah
politik sempit UMNO@BN … ISU PERPADUAN MELAYU pula dipermainkan …. Kita semak
tulisan dan komen juak-juak UMNO@BN dan Penulis Cyber Reformasi … semuanya
hampir selari dan ada persainganya…??? Kita lihat tulis Marhain Tua dan Wak Amin
Sapiro atau webmaster laman pro-reformasi (sekadar contoh) …. Mereka telah
mendedahkan inti pati sebenarnya sandiwara UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun
mengenai isu sensasi ini ….??? Dan yang paling menarik sekali ia baru
diperingkat cadangan UMNO@BN dan belumpun dipersembahkan kat Maharaja Tua
Mahathir@Mahafiraun untuk kelulusanya ( bodoh belum lulus riuh satu kampung ) ….
Tapi momokan dan gerak-gumpita satu dunia media kroni / pemimpin UMNO@BN /
penjilat UMNO@BN bahawa PAS dan KeADILan telah bersetuju menyertai "
Perbincangan Perpaduan Melayu " yang dianjurkan oleh UMNO@BN .

Namun begitu paluan gendang tari ala-canggung UMNO@BN tak disahut garang oleh
PAS dan KeADILan …. Kerana Puteri dan Putera dua kompenan BA ni dah ditarbiyah
dan dimantapkan dengan asas MELAYU ISLAM dan KEPIMPINAN ULAMA …. Jadi budaya
kuning sandiwara UMNO@BN ini tidak dapat melalaikan Puteri dan Putera BA agar
menjadi penari " 'Kambing Hitam" UMNO@BN … sebagai mana GPMS dan MBM telah
menjadi badut gampang UMNO@BN . Kini kita dapat melihat UMNO@BN telah sampai
ketahap merayu dan merintih kepada MELAYU ISLAM dan begitu juga kepada rakyat
marhaen … tapi rayuan dan rintihan UMNO@BN ini lansung tidak diambil peduli oleh
rakyat marhaen … maka jadilah mereka bak katak dibawah tempurung serta burung
hantu yang terbang malam … kemana sehaja mereka pergi mereka terus disisihkan.

Kalau pada Idul Fitri yang lalu … kita lihat 90 % rakyat marhaen yang beragama
Islam balik ke kampung halaman masing-masing … dan kita dapat melihat Idul Fitri
tahun ini menjadi satu Idul Fitri sejarah orang Melayu di Malaysia …..:-

1. Kita melihat orang kampung begitu bangga jika anak kampung itu yang tinggal
di kota besar balik dengan gaya dan persembahan sebagai seorang BA … dan jika
anak kampung itu balik sebagai seorang UMNO@BN ia akan menjadi kera sumbang dan
bahan ketawa penduduk kampung.
2. Kalau di malam-malam terakhir tarawikh di kampung … surau dan masjid penuh
kerana anak kampung telah balik bercuti … dan semuanya mempamirkan imej BA ….
Kalau ada yang pakai songkok tinggi akan duduk disudut-sudut surau atau masjid
dan menjadi kera sumbang.
3. Di waktu Solat Idul Fitri … imej BA makin terserlah … songkok tinggi boleh
dikira dengan jari … dan para jamaah lebih berbangga berkopiah atau
berserban….??? Kalau dilihat makin ramai jamaah lelaki menyimpan janggut … nasib
baik anggota pasukan beruniform tidak dibenarkan berjanggut…kalau boleh lagi
mengilalah Mahathir@Mahafiraun .
4. Warna pakaian hari raya pun telah mencerminkan imej BA … warna hijau dan biru
muda menjadi pilihan anak-anak dan ibu-bapa ….. warna merah (UMNO@BN) boleh kira
dengan jari…kalau adapun anak muda yang memakai pakaian yang tak cukup kain (
tapi ada juga yang tua suka pakai  ).
5. Suasana kunjung-mengunjung makin meriah jika yang datang itu pejuang
REFORMASI dan PENDOKONG BA …. Kalau penjilat UMNO@BN …air kosong dan biskut
kataklah hidanganya.
6. Rumah terbuka … habis anak -beranak datang … kalau bukan Islam bukan main
suka hati dengan Hari Raya kali ini …. Pasal hati dak tak takut dan rasa
bersalah kepada kepada orang Islam, kerana Mahathir@Mahafiraun sendiri telah
membongkar rahsia besar …. Yang selama ini kaum bukan Islam telah ditipu oleh
Maahtir@Mahafiraun agar memusuhi serta  membenci ISLAM dan Orang Melayu …. Tapi
kerana LUNAS TELAH MELUNASKAN JANJINYA KEPADA ORANG MELAYU ISLAM….maka bertambah
cerialah sambutan Idul Fitri bersama rakyat dan bangsa Malaysia yang bersatu
bersama BA.
7. Kalau di kedai-kedai kopi kat kampung … penuh pada Hari Raya kali ini … dan
punyalah canggih dah pakai VCD kedai kopi kat kampung…Video gusti tak mainlah ….
Tapi VCD Jln Kebun / Lunas / Laungan Reformasi menjadi pilihan utama pelanggan
kedai kopi tersebut ….???
8. Kalau jumpa kawan-kawan lama …. Kalau ahli UMNO@BN pun mengaku orang kuat
REFORMASI …. Kalau mengaku UMNO@BN lagi …. Jawapnya kena pulaulah dek
kawan-kawan lama dan orang kampung. Fuuhh punyalah bangganya jadi ORANG
REFORMASI …. Kalau 20 tahun dahulu kalau mengaku Ahli PAS  … orang kampung akan
kata …. Kesian anak sianu tuuuu….!!!! Tapi kalau sekarang …. Wah…!!! Anak si anu
tuu bukan main sekarang orang kuat PAS / KeADILan, inilah anak kampung yang akan
berjasa kepada negara….!!! Lihat sejarah telah menjadi terbalik serta menjadi
HANTU RAYA buat UMNO@BN .

Tapi yang paling menarik dan paling releven cadangan seorang penulis laman
pro-reformasi … SYARAT UTAMA PERBINCANGAN INI ADALAH :- DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
menjadi ketua delegasi perbincangan Perpaduan Melayu …!!!! Kita buat undian
sanggupkah Mahathir@Mahafiraun berhadapan dengan DSAI … mendengar nama DSAI pun
telah kecut perut Mahathir@Mahafiraun … ini kan nak berhadapan
denganya…..rasanya main taik dan kencinglah Mahathir@Mahathir jawapnya.

Kalau Ketua Pemuda UMNO@BN sanggup minta tangguh perdebatan dengan Ketua Pemuda
PAS …. Rasa-rasanya perbincangan ini bukan sehaja ditangguhkan…malah tak jadi
lansung,  kerana tiada asas apakah topik atau isu yang nak diperbincangkan…!!!
Yang kita lihat topik utamanya adalah bagaimana cara nak menyerapkan ahli
UMNO@BN kedalam PAS dan KeADILan … kerana UMNO@BN akan dibubarkan oleh rakyat
marhaen dalam tempoh terdekat ini. Itulah tujuan utama perbincangan ini…..????

Mengikuti perkembangan semasa senario politik UMNO@BN serta pasaran saham BSKL
dan faktor pertumbuhan ekonomi negara …. Kita dapat merumuskan KERAJAAN BARISAN
NASIONAL telah hampir rebah menyembah bumi …walaupun nampak tegap tapi yang
sebenarnya akar tunjang mereka telah dimakan anai-anai …. Kalau tak percaya
tanya kat Mahathir@Mahafiraun sendiri …. Kerana sekarang ini Pak Lah dan Musa
Hitam telah merancang satu usaha menjatuhkan Mahathir@Mahafiraun , begitu juga
dengan team wawasan …. Mereka telah mengorak langkah dalam memastikan
Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya dinyahkan terus dari kamus sejarah
Malaysia.

Dengan kemantapan BARISAN ALTERNATIF memperjuangkan hak rakyat marhaen .. .tidak
mustahil pada tahun 2001 ini KERAJAAN MALAYSIA akan bertukar tangan kepada
BARISAN ALTERNATIF … kerana pilihanraya umum ke 11 terpaksa diadakan atas
desakan rakyat marhaen dan parti-parti politik di Malaysia.

Walau apapun permasalahan dan isu yang cuba disensasikan oleh UMNO@BN kini…telah
menjadi bahan ketawa rakyat marhaen…. Kerana UMNO@BN kini sebok main POLIS
SENTRI (macam budak-budak) dengan rakyat marhaen….sehinggakan POLIS SENTRI ni
tersalah tangkap orang sendiri….???? Kah..kah..kah.

UMNO@BN makin hari makin usang dan reput…begitu juga pemimpinya….hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong ….rakyat marhaen dah tak ambik peduli serta rasa
hormat lagi kepada mereka … kini pemimpin UMNO@BN telah menjadi PENDATANG HARAM
DI NEGARA SENDIRI … kemana sehaja mereka pergi mereka dihina dan dicerca oleh
rakyat marhaen .. .kalau tak caya tanya kat Mahathir@Mahafiraun …. Dalam tempoh
2 tahun ini dah berapa kali di tinggal dalam Kapal Terbang dan berada di luar
negara….kenapa takut nak tidur di Mahligai Putra Jaya.

Buat ahli UMNO@BN yang totok …. Ambilah peluang yang sedikit ini …. Masa yang
ada tidak menuggu anda…melainkan anda mengejar masa yang sedikit ini ….. tak
cukup tapak tangan ditadahkan ….. Stadium Bukit Jalil akan kami tadahkan untuk
mengalu-alukan ke ahlian anda dalam BARISAN ALTERNATIF .. TAPI DENGAN
BERSYARAT….TINGGALKAN BUDAYA DAN SIFAT UMNO@BN DALAM DIRI ANDA….KEMBALI KEPADA
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM JATI DIRI ANDA….DAN YANG AKHIR REDHA DAN IKHLAS
DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT.

Kepada pendokong REFORMASI dan BA …. Inilah masa yang ditunggu telah
tiba…tingkatkan usaha dan mantapkan jentera parti …. Teruskan penerangan dan
pendedah kepada rakyat marhaen bahawa UMNO@BN telah musnah serta akan berkubur
bersama Mahathir@Mahafiraun …. Layanlah bekas-bekas UMNO@BN sebagai anak kecil
yang perlukan bimbingan….kerana selama ini mereka telah disesatkan dan dibutakan
hati oleh UMNO@BN … dan menjadi tanggung-jawap kita semua mendidik bekas UMNO@BN
ini ibarat anak kita sendiri yang mahukan kasih-sayang dan belaian manja dari
ibu-bapanya…kerana bekas-bekas UMNO@BN ini adalah bayi yang perlu di tarbiyahkan
kearah Malaysia Yang Adil serta kepimpinan ISLAM.

Selamat Berhari Raya dan Menyambut Abad ke 21.

Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN 
5HB.JAN.2001

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL