TERIMA KASIH BUAT PENGIRIM UMNOMO

 

 

Saya tertarik dengan beberapa cerita mengenai keindahan dan keajaiban bangunan TAJ MAHAL yang terletak di Agra ,   India ,  yang diakui seluruh dunia sebagai satu daripada tujuh benda ajaib dunia . Bangunan indah ini dibina dengan bahan-bahan marmar yang dibawa khas dari Parsi (Iran) . Di dalamnya ( kamar beradu rajanya ) terletak sebutir berlian yang diiktiraf sebagai berlian ketiga terbesar dalam sejarah dunia sampai kini .

 

TAJ MAHAL dibina oleh SHAH JEHAN sekitar 350 tahun yang lalu untuk isterinya Mumtaz ' Mahal ' yang telah mangkat . Beliau membina tugu ini sebagai lambang cinta sejati terhadap permaisurinya . Lebeh 20,000 rakyatnya mengambil masa hampir 20 tahun telah dikerah menyiapkan tugu ini . Biarpun begitu gah dan dikagumi sampai sekarang , namun pembinaan TAJ MAHAL sebenarnya adalah atas titisan darah dan air mata rakyatnya . Para arkitek dan rakyat jelata yang terlibat dipotong tangan mereka kerana SHAH JEHAN tidak mahu adanya bangunan lain yang lebih hebat dari TAJ MAHAL dibina selepas itu .

 

Menyedari tingkah laku yang telah membawa masalah kepada negara , AURANGZEB ( nama sebenarnya Muhammad Muhyiddin ) anak ketiga SHAH JEHAN telah bertindak merampas kuasa dan mengurung ayahandanya dalam bilik khas dalam istana mereka yang kini dikenali sebagai Indian Red Fort . Tindakkan ini di ambil oleh AURANGZEB sematamata kerana hendak mengelakkan kerajaan jatuh kerana perbuatan ayahandanya .

 

Sedikit cerita mengenai AURANGZEB , beliau adalah  pahlawan yang bukan sahaja seorang pemimpin yang menakjubkan tetapi juga merupakan seorang raja yang warak . Beliau tidak suka meningalkan solat , bersuka-suka atau membuat kerja-kerja yang tidak menafaat sesiapa bahkan sanggup bertindak kerana kezaliman ayahanda terhadap rakyat . Semasa era pemerintahannya AURANGZEB menitikberatkan soal kesejahteraan golongan miskin . Mereka dikecualikan membayar cukai . Harga makanan dikawal supaya tidak membebankan . Semua rakyat , tidak kira agama , dilayan sama termasuk peluang-peluang pekerjaan dalam kerajaan masa itu .

 

Hari ini , TAJ MAHAL adalah tempat persinggahan pelancong dan rakyat untuk melawat dengan sekadar membayar 100 Rupee (RM10) . Malangnya disekeliling bangunan yang indah ini terserlah tanda-tanda kemiskinan yang meluas , dan tidak mencerminkan kekayaan dan kemajuan yang wajar .

 

Di Negara kita terdapat sekarang sebuah bangunan yang dibina semata-mata kerana cinta abadi seseorang kepada dirinya sendiri yang menganggap dirinya  sebagai pemimpin teragung kepada dunia ketiga . Maka dengan ego yang tidak terkawal beliau telah mengarah kerajaan dan mempengaruhi rakyat supaya membina sebuah mahligai yang dinamakan MAHLIGAI RAKYAT . ' Tugu '  ini telah dibina dengan mengunakan bahan yang diimpot dari negara luar dan memakan belanja beratus -ratus juta wang ringgit .  Hingga hari ini masih belum tahu kosnya sebenar kerana kerja-kerja terus berjalan untuk membuat penambahan atau yang lebih ' menakjubkan '  ialah mengubahsuai dan memperbaiki ( defect ratification ) kerja-kerja sub-standard yang ketara , Apakah kemungkinan kita akan diberitahu harga sebenarnya ?  Allahu aklam .

 

Kita tidak bernasib mempunyai seorang seperti AURANGZEB .  Kita hanya mengharapkan seorang pejuang tulin yang cuba sedaya upaya untuk bertindak dan menyakinkan orang tua yang bernama  MAHADEAD supaya lebih mengutamakan keperluan rakyat jelata kerana sejarah telah membuktikan bahawa projek-projek seperti ini akhir kalam tidak memberi apa-apa erti sekiranyanya rakyat terus seperti keadaan biasa , tidak menunjukkan kemajuan selaras dengan kewujudan ' tugu ' atau bangunan-bangunan yang hanya dibina semata-mata untuk menunjuk -nunjuk kehebatan ego pemimpin berkenaan . Apa lah gunanya ada bangunan yang setanding dengan benda-benda ajaib di dunia kalau , masih ada rakyat sendiri yang menderita kais pagi makan pagi kais petang makan petang . MAHADEAD telah pun berjaya menghapuskan semua penentang dengan menyampak DSAI ke Sungai Buluh . Yang lain , diam seribu kata . Hanya kedengaran laungan-laungan yang sentiasa disekat dengan kekejaman .

 

MAHLIGA RAKYAT hanya pada nama . Tidak sesiapa diizinkan melawat mau pun ingin meninjau dari jauh kalau tidak rela akhirnya bermalam dalam bilik hotel-hotel polis . Bangunan ini dikaitkan dengan rakyat kerana ianya semata-mata hanya pembinaannya dengan duit rakyat , itu saja . MAHLIGAI tetap MAHLIGAI MAHAFIRAUN .

 

Memang banyak rakyat yang sudah berkemampuan , namun masih ramai lagi yang perlu dibela . Kita tidak boleh menutup sebelah mata dan memejam sebelah lagi tentang mereka-mereka yang berkurangan . Kita tidak boleh paling kelain arah daripada kewujudan tidak seimbangan kemajuan negara . Kita tidak boleh biarkan MAHADEAD dan kuncu-kuncunya merompak khazanah negara kerana nafsu ego yang tak terbatas . Fikirkanlah . Apakah kita perlu menunggu timbulnya seorang seperti AURANGZEB baru hendak bertindak ? Atau kita biarkan sahaja keaadan sekarang berlalu didepan mata hingga tak sedar mata sendiri telah pun menjadi putih . Astaga...

 

Rakan-rakan dalam UMNO yang akan bersidang hujung minggu ini , renonglah seketika , apa atau siapa sebenarnya yang diperjuangkan . Sebagai pemimpin-pemimpin , perlu diingatkan bahawa kebijaksanaan saudara-saudara yang diharap-harapkan oleh kawan-kawan di kampung dan desa . FIKIRKANLAH...

 

 

 

UmNoMo dari PWTC