KOMENTAR

 

17.10.2000

Salam Reformasi

 

UMNO SEMAKIN NAZAK, SEAKAN MEMAKSA RAKYAT MENERIMA MEREKA

 

Setiapkali UMNO melaksanakan satu penindasan semakin nazak kedudukan mereka. UMNO terus menerus menekan dalam usaha untuk memaksa rakyat menerima mereka. Mereka berusaha menutup keburukkan mereka, cuba sedaya upaya menutup pekong mereka namun bau dosa mereka tidak dapat di bendung. Akhbar terus menerus memainkan peranan untuk menjadi alat untuk melapurkan kehebatan mereka tetapi semakin kuat mereka membodek semakin benci rakyat kepada mereka. UMNO dengan kekuatan wang, kuasa dan segala propoganda mereka gagal menyatukan sokongan Melayu kepada mereka. Mereka makin jauh tertinggal dan ahli-ahli UMNO di bungakan dengan segala janji kemewahan oleh kepimpinan mereka. UMNO setakat ini tercedera dan luka mereka semakin dalam. Mereka menuju kehancuran dan ini adalah kerana dokongan mereka terhadap penyebar fitnah utama Malaysia yakni Dr Mahathir Mohamed.

 

Mampukan UMNO pada pilihanraya 2003-4? UMNO sendiri akan menjawab YA dalam CURIGA. UMNO tidak yakin sungguhpun ada antara mereka yang dibawah khayalan behawa rakyat sudah mula menerima mereka. Rakyat tidak akan menerima mereka kerana kejahatan dan kesialan pimpinan Mahathir masih berleluasa. Rakyat masih ingat fitnah yang dilemparkan oleh UMNO keatas Anwar Ibrahim. Mana mungkin ini akan di lupakan. Jalan UMNO semakin sempit. Kalau dahulu kita meletakkan Mahathir sebagai pemusnah bangsa tetapi virus Mahathir sedah menjangkiti kebanyakkan kepimpinan tertinggi UMNO. Mereka masih berpegang kepada UMNO dengan keyakinan bahawa UMNO akan terus memerintah 100 tahun lagi. Sedarlah, UMNO semakin merosot dan pilihanraya 2003-4 akan menambahkan bebanan buat UMNO.

Kita sekarang PASTI AKAN MEMULAKAN KEMPEN HEBAT

 

KATAKAN TIDAK UNTUK UMNO

 

Hancur UMNO

 

Komentar