KOMENTAR

 

03.10.2000

Salam Reformasi

 

TAN SRI MUHAMMAD MUHD TAIB AKUI UMNO HILANG SOKONGAN

 

JOHOR BARU menyaksikan pengakuan Tan Sri Muhammad Muhd Taib bahawa sokongan terhadap UMNO semakin berkurangan. Dalam kenyataannya di Pulai Johor beliau mengatakan bahawa sekarang ini UMNO sudah mula diragui samada dapat memegang peranan sebagai tunggak perjuangan kaum Melayu. Rakyat katanya seakan hilang kepercayaan kepada UMNO. Beliau menekankan bahawa perpecahan Melayu akan menyebabkan bangsa Melayu itu sendiri menerima padah.

Komentar ingin menyarankan kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib agar beliau dapat menerima hakikat bahawa semakin kurangnya keyakinan rakyat menerima UMNO adalah kerana kezaliman dan ketidakadilan UMNO (sebagai satu parti melayu) keatas melayu sendiri. Perlakukan Mahathir yang di sokong oleh UMNO keatas Sdr Anwar Ibrahim merupakan satu penindasan dan satu kezaliman yang tidak dapat diterima. Jangan salahkan rakyat dan jangan salahkan hakikat Melayu tidak menerima UMNO. Salahkan MAHATHIR yang kejam dan zalim. Melayu tidak akan dapat menerima UMNO selagi kezaliman dan ketidakadilan keatas Anwar Ibrahim tidak terbela. UMNO harus sedar bahawa perbuatan Dr Mahathir sebenarnya akan memupuskan UMNO dari menjadi tunggak pembela Melayu. Mahathir patut dihukum baik oleh UMNO atau oleh rakyat sendiri.

 

Gerakan Menghukum Mahathir akan kembali dan UMNO akan jadi mangsa kedurjanaan Mahathir.

 

HUKUM MAHATHIR

BEBASKAN ANWAR IBRAHIM

 

Komentar