Debat antara UMNO dan PAS hampir menjadi kenyataan. Namun begitu saya masih ragu-ragu bahawa debat itu akan diteruskan. Apalagi jika si hingusan Hishamoden Onn yang jadi ayam sabung bagi UMNO. Saya langsung tidak menaruh harapan.

 

    Hari ini, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Encik Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO menyarankan agar debat antara Pas dan UMNO dibatalkan. Beliau mengatakan bahawa debat itu hanya bakal menguntungkan politik Ketua Pemuda PAS. Ini secara tidak langsung beliau telah mengiktiraf bahawa Ketua Pemuda PAS lebih hebat dari Ketua Pemuda UMNO (aka Pondan Siam).

 

    Seperti semua sedia maklum, debat yang dicadangkan adalah hasil dari ilham pihak UMNO. Begitu juga tajuk debat serta syarat-syarat debat ditentukan oleh UMNO. Pihak pemuda PAS hanya bersetuju untuk berdebat sahaja. Sebelum ini pihak PAS pernah mencadangkan beberpa siri debat dan muzakarah dengan pihak UMNO. Tetapi UMNO berdalih dengan seribu alasan, maka debat/muzakarah tidak menjadi kenyataan. Apabila pihak UMNO yang mencadangkannya maka bak kata orang kecil tapak tangan Stadium Bukit Jalil PAS tadahkan. Walaupun pada awalnya pihak PAS mengenakan sedikit syarat namun ianya ditolak oleh Pemuda UMNO. Namun tidak menjadi halangan bagi pihak PAS. Walaupun syarat yang dikenakan adalah syarat biasa debat. Mana ada orang berdebat penonton bilik lain pendebat bilik lain. PAS juga menyarankan agar Prof Ungku Aziz menjadi pengerusi debat kerana bersesuaian dengan tajuk debat berkenaan hak Melayu yang mana Prof. adalah antara orang yang terlibat dalam hal berkaitan. Namun ianya ditolak oleh pihak UMNO. PAS juga mencadangkan agar debat disiarkan secara langsung di TV. Maka berdalih lagi UMNO mengatakan mereka tiada kuasa ke atas stesen TV. Walaupun setiap tahun Perhimpunan Agung UMNO disiar secara langsung melalui TV. Iklan Pilihanraya UMNO juga disiar melalui TV. Presiden UMNO juga sering menggunakan TV menghantam Parti Pembangkang. Namun begitu pihak PAS bersedia untuk menyediakan peralatan siaran serta kepakaran mereka.

 

    Apalah ertinya debat jika sebahagian kecil rakyat sahaja yang dapat menyaksikannya di dewan. Apakah matlamat UMNO menganjurkan debat tersebut? Adakah ianya satu lagi siri Sandiwara terbaru terbitan UMNO Production? Mereka mencanang bahawa pihak Pembangkang (maksud mereka PAS) selalu memutar belit fakta, menghasut rakyat, memfitnah kerajaan. Mereka berkata kununnya penjelasan sebenar harus diberi kepada rakyat. Debat adalah salah satu cara terbaik kata mereka. Tetapi mereka tidak mahu menyiarkan secara terus melalui TV. Apakah mereka cuma berani menyiarkan siaran ulangan yang sudah diedit kepada rakyat (jika debat diteruskan)? Jadi inilah dikatakan UMNO menganjurkan debat ini demi kepentingan politik sempit mereka.

 

    Berkenaan dengan tajuk debat berkaitan hak keistimewaan Melayu, saya fikir ini bukanlah tajuk yang sesuai dengan keadaan semasa. Isu ini sangat sensitif kerana Melayu lawan Melayu. Saya fikir isu ini akan digunakan oleh bangsa lain untuk menuntut hak yang sama lagipun hak keistimewaan Melayu sudah termaktub dalam perlembagaan cuma perlu di'perkuatkan' lagi. Dan tajuk ini sebenarnya memberi kelebihan kepada PAS. Bukalah mata lihatlah apa UMNO buat kepada Melayu. Di manakah kedudukan bangsa Melayu selama UMNO memerintah? Siapa kawal ekonomi, siapa yang lebih ramai di IPTS, IPTA? Siapakah penghuni bandar dan siapa pula penghuni desa? Siapakah pemimpin yang disumbat penjara siapa pula yang kununnya tidak dapat dicari? Kalau tanah milik melayu senang dirampas kununnya mengikut akta tanah, kalau tanah cina siapa berani sentuh? Kalau menteri MCA letak jawatan dipujuk-pujuk dan diberi cuti, kalau menteri melayu apa jadi? Kalau babi kena JE berjuta ringgit pampasan diberi, bila lembu kena penyakit kuku dan mulut...tembak sahaja, rugi tanggung sendiri. Kalau Kristian nak berhimpun besar-besaran, Stadium bukit Jalil disediakan bila PAS nak berhimpun "Stadium tengan restoration!".

 

    Jadi tajuk yang paling sesuai dengan keadaan semasa dan paling memberi manfaat kepada rakyat ialah "ADAKAH hasil petroleum kepada Rakyat Terengganu itu satu Royalti atau Wang Ehsan?". Dan ahli panel yang dicadangkan ialah Ketua Pemuda UMNO, Presiden UMNO, Pakar Undang-undang Rimba UMNO dan bagi Pihak kerajaan Terengganu pula (PAS) Menteri Besar, Ketua Pemuda PAS dan Tun Salleh Abas. Ayah Wang juga boleh jadi panel untuk UMNO, Tengku Razaliegh pun boleh mewakili bekas Presiden Petronas. Kalau UMNO begitu yakin mereka benar, Nah! apalagi terimalah cabaran ini. Saya kepingin nak melihat Rais anak Yatim menunjukkan skil undang-undang rimba yang pernah dipelajarinya dulu didepan Tun Salleh Abbas.

Saya cadangkan juga PAMPERS menjadi penaja kepada Debat ini. Saya juga teringin nak dengan apakah istilah yang akan dikenakan kepada royalti 5% kepada kerajaan PUSAT pula. Mengikut Perjanjian dengan Petronas, Terengganu dapat royalti 5%, PUSAT dapat ROYALTI 5%. Tetapi kalau mengikut undang-undang rimba UMNO, royalti kepada kerajan terengganu jadi Wang Ehsan. Bagi saya istilah tidak penting, yang penting mengikut perjanjian Petronas WAJIB membayar Wang Tunai setiap tahun selagi minyak keluar dari bumi Terengganu. nak panggil duit kopi pun boleh. Pokoknya wang itu WAJIB dibayar kepada kerajaan terengganu yang memerintah secara SAH bukan yang sudah "dibersarakan" oleh rakyat.

 

    Kesimpulannya saya YAKIN 500% debat yang dicanang-canangkan ini tidak akan dilangsungkan. Begitulah mengikut skrip UMNO. Umpama mengetuk TIN kosong, bunyia aje kuat tetapi berkarat. Siapa tak kenal UMNO, parti haprakk. Lihatlah sahaja telatah UMNO dewasa ini, bila Mahathir dimalukan diluar negara depa kata parti pembangkang menghasut orang asing, tetapi apabila Mahathir dimalukan dalam negara depa kata pembangkang dihasut oleh orang asing. Siapa sebenarnya penghasut niii? Pokoknya Mahather memang tak tahu malu. Orang dah tak mahu terhegeh-hegeh pulak dia.

 

Sekian

 

KoBoy