KOMENTAR

 

26.09.2000

Salam Reformasi

 

PERGOLAKKAN DALAM UMNO KIAN JELAS

 

Kegilaan kuasa dalam UMNO semakin jelas kelihatan. Perebutan tempat dalam UMNO melenyapkan segala pegangan. Kebenaran tidak penting. Keikhlasan dalam menentukan nasib rakyat hanya tertanam di bibir mula sahaja. Apa yang penting ialah kuasa, darjat dan pangkat.

 

Perebutan tempat kedua dalam UMNO dan sekali gus menjadi Perdana Menteri bagi mengantikan Mahathir andai meletupnya tiup plastik ke jantungnya semakin hangat. Suasana lobi melobi semakin menjadi-jadi dan duit semakin berteraburan dengan harapan dapat menduduki tempat tertinggi dalam UMNO. Perebutan ini menyaksikan Najib Tun Razak semakin ketinggalan. Mohamed Taib (bekas MB Selangor) juga sedang memerhati samada nama beliau esok boleh tersenarai meneraju negara ini. Langgar melanggar antara Mohamed Taib dan Najib Tun Razak semakin kuat. Apa nak dikata, dalam politik yang kawan boleh jadi lawan. Nazri Tan Sri Aziz juga mula menunjukkan taring dalam perebutan menjadi Menteri Kewangan.  Sungguhpun Abdullah Badawi wujud di tempat No 2 tetapi kedudukkan belum masih belum selamat. Al maklumlah Mahathir ini pembelit. Hari ini beliau mampu mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah akan mengantikan beliau, esok mungkin terbalik. Sungguhpun begitu apa yang kita nampak ialah agenda UMNO adalah agenda tersendiri dan mereka dalam UMNO sedang mendapatkan tempat tertinggi untuk membuat modal bagi kejayaan material.

 

Itulah UMNO dan itulah budaya Mahathirisma.

 

Komentar

Bebaskan Anwar