KOMENTAR

Komentar 1

13.05.2000

 

AWAS…. Kubang Pasu telah mencalonkan 3 nama dan 3 nama ini menang dalam menjawat jawatan Naib Presiden UMNO. Apakah ini percaturan atas kebetulan. Mahathir mengatakan ianya kebetulan tetapi ingat “ Mahathir boleh mengatur segala-galanya dalam Parti UMNO.”  Komentar percaya Mahathir sedang berusaha untuk menunjukkan bahawa parti UMNO akan mengadakan perubahan bersesuaian dengan niat untuk menarik hati rakyat tapi malang, rakyat tahu dan semua sepatutnya sedar dengan adanya Mahathir sebagai Presiden Parti maka perubahan yang mungkin ada adalah satu lagi agenda penipuannya.

 

Memang benar ada perubahan diperingkat MT. Zahid Hamidi dan beberapa nama yang diberitakan sebagai “orang Anwar” turut memenangi tempat dalam MT. Sungguh punbegitu untuk mengharap akan adanya keadilan untuk Anwar setelah perubahan MT dibuat TIDAK AKAN BERLAKU.  Anwar masih terpenjara dan akan tetap terpenjara selagi Dr Mahathir serta kuncu-kuncunya ada dalam UMNO.

 

Komentar.