LAGI ULASAN MENGENAI KES TRAJIS NOOR SUZAILY

Dipetik dari ADIL-NET

Kegemparan tentang kes Noor Suzaily telah menyeret pemimpin-pemimpin
politik berpolimik. Polimik mereka berkisar tentang kenyataan Dato' Nik
Aziz bahawa wanita yang berpakaian menjolok mata atau seksi menjadi satu
daripada punca berlakunya kes rogol dan zina. Kemudian terbitlah
berbagai-bagai tentangan dan bangkangan terhadap kenyataan itu. Seperti
biasa tentangan itu datangnya daripada pemimpin-pemimpin kerajaan, iaitu
UMNO. Kita semua tahu para pemimpin UMNO itu menyuarakan bangkangan
mereka kerana kenyataan itu datangnya daripada Nik Aziz. Kalau kenyataan
tersebut disuarakan oleh Dr. M, tentulah lain pula ceritanya. Tiada
siapa antara mereka yang berani membangkang, melainkan semuanya
mengangguk tanda bersetuju. Malah akan ada berbagai-bagai tambahan lagi.
Ini semua menunjukkan betapa dangkalnya ahli-ahli politik UMNO yang
sejak Dr. M menjadi pemimpin, mereka hanya menjadi pak turut dan tukang
angguk.
Ahli-ahli sosiologi, psikologi, dan pendidikan memang bersetuju bahawa
wanita yang berpakaian seksi merupakan satu daripada punca berlakunya
rogol.Wanita seperti itu telah memperaga tubuh mereka yang seksi. Ini
seolah-olah mempelawa penjenayah seks. Apabila wanita yang berpakaian
seksi itu tidak dapat diterkam oleh penjenayah, maka wanita lain seperti
kanak-kanak ataupun wanita yang bersopan yang akan menjadi mangsa.
Banyak contoh yang kita boleh lihat tentang kes-kes seperti ini.
Kita sedia maklum memang banyak antara kita yang pernah menonton
filem-filem lucah (blue film). Selepas menonton filem itu, tidak ada
yang cuba atau berusaha mencari pelakon wanita filem tersebut untuk
melepaskan geram atau menjamu selera. Sebaliknya yang menjadi mangsa
ialah isteri di rumah (bagi yang sudah berkahwin) ataupun teman wanita
(jika teman wanitanya boleh diajak ke tempat tidur) ataupun pelacur
(kalau kedua-dua pilihan tadi tidak ada). Mungkin pula yang bujang dan
tidak mempunyai ketiga-tiga pilihan itu, akan melakukan onani.
Hal ini sama juga dengan pemandu bas yang merogol Noor Suzaily. Dia
mungkin setiap hari melihat penumpang-penumpangnya yang berbagai-bagai
ragam lagak, aksi romantis, gaya yang seksi, berpakaian menjolok
matanya, dan rangsangan-rangsangan lain lagi. Siapa yang tidak geram
melihat paha yang gebu kalau berpakaian singkat hampir menampakkan
pangkal paha. Iman mana yang tidak goncang jika melihat wanita yang
memakai baju tidak bertangan dan lurah pangkal payu daranya amat jelas
kelihatan. Tetapi pemandu bas itu tentulah tidak boleh melakukan
jenayahnya terhadap wanita-wanita yang seperti itu kerana suasana dan
situasinya tidak sesuai walaupun hati di dalam sudah cukup bergelora.
Apabila sampai giliran Noor Suzaily yang berseorangan bersama dengannya,
maka gelora itu pun membusung dan akhirnya pecah.
Tentu ramai pula yang selalu berkunjung ke kelab-kelab malam. Ada pula
antara kelab malam yang mengadakan pertunjukan tarian bogel atau separuh
bogel. Yang menjadi penontonnya sudah tentulah lebih ramai lelaki
daripada wanita. Pertunjukan seperti itu sudah cukup untuk menaikkan
nafsu syahwat. Tetapi penonton-penonton yang sudah bernafsu itu tidak
pula menerkan penari-penari bogel tersebut.Sebaliknya, yang menjadi
habuan atau buruan mereka ialah empat pilihan yang di atas tadi, iaitu
isteri, teman wanita, pelacur, atau onani. Di sinilah kadang-kadang
kanak-kanak atau gadis di bawah umur menjadi mangsa, kerana golongan ini
mudah diperangkap.
Kita tentu masih tidak lupa terhadap kes Ismail Kerbau. Penjenayah seks
ini telah beberapa kali masuk dan keluar penjara kerana merogol. Malah
sekarang ini pun dia masih menghadapi perbicaraan kerana merogol tiga
orang gadis serentak. Apabila pendakwa betanya kepadanya tentang kenapa
dia merogol, dengan mudah Ismail menjawab, "Saya tidak tahan melihat
paha gebu, dada yang membukit, dan gelek ponggong yang tergedik-gedik."
Kebelakangan ini kita sering mendengar kes-kes orang gaji warga asing
dirogol oleh majikan.Kebanyakan orang gaji itu adalah dari Indonesia dan
Filipina. Orang-orang gaji dari negara-negara itu memang gemar memakai
pakaian yang singkat-singkat ketika membuat kerja, kerana kata mereka
ringkas dan mudah bergerak. Setiap hari para majikan melihat paha dan
lurah payu dara orang gajinya. Sekali dua mungkin tidak berdetik kalbu.
Tetapi kalau setiap hari disajikan begitu, meleleh juga air liur. Dan
akhirnya orang gaji itu menjadi mangsa keganasan di tempat tidur.
Akhbar Utusan Malaysia (UM) 14 Oktober 2000 telah menyiarkan surat-surat
pembaca yang membincangkan kenyataan Nik Aziz. Semuanya tidak bersetuju
dengan kenyataannya. (Kita percaya UM hanya menyiarkan surat-surat yang
tidak bersetuju saja). Satu daripada surat itu menyatakan bahawa wanita
dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal, manakala lelaki pula
dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Tetapi lelaki tidak
menggunakan sembilan akalnya untuk membendung satu nafsu. Saya percaya
penulis ini terlupa tentang satu lagi kuasa yang mengawal akal, iaitu
IMAN. Sebaliknya lelaki yang gagal menggunakan sembilan akal dengan
sempurna itu adalah kerana akal mereka itu tidak dikawal oleh iman,
tetapi dikawal oleh SYAITAN. Apabila syaitan lebih gagah (kerana iman
yang lemah) maka nafsu yang satu itu akan lebih berjaya.
Bagi anak-anak muda lelaki (begitu juga wanita), ramai antara mereka
yang selalu melakukan tabiat onani. Tidak mungkin mereka ini
melakukannya dengan sengaja tanpa apa-apa rangsangan. Orang-orang
seperti ini mempunya daya imaginasi yang amat kuat. Mereka mungkin telah
menoton filem lucah, menonton tarian-tarian bogel, membaca cerita-cerita
seks yang keterlaluan, melihat gambar-gambar wanita berpakaian seksi,
melihat gambar-gambar wanita bogel atau separuh bogel, atau mungkin
telah melihat orang melakukan hubungan seks atau mukadimah seks di
mana-mana. Apabila pulang ke rumah gambaran tentang apa yang dilihat
masih jelas di fikiran, atau imaginasi yang amat kuat akan mendorong
mereka melakukakan perkara yang terkutuk itu. Ini jelas menunjukkan
gadis-gadis yang berpakaian seksi tetap menjadi pendorong dan rangsangan
kepada berlakunya maksiat seks.
Kesimpulannya, kes-kes rogol yang berlaku bukan saja terjadi kepada
wanita-wanita yang berpakaian seksi, tetapi juga berlaku kepada wanita
yang menutup aurat. Walau bagaimanapun, punca asalnya adalah kerana
pakaian yang tidak menutup aurat. Cuma wanita yang menutup aurat itu
mungkin bernasib malang kerana dia yang diterkam. Ini menunjukkan bahawa
kejadian rogol mungkin tidak berlaku kepada wanita yang berpakaian
seksi, sebaliknya berlaku kepada wanita yang lain. Kita jarang mendengar
wanita-wanita Arab Saudi dirogol kerana di negara itu wanita-wanitanya
berpakaian menutup aurat dan ditambah pula negara itu mengamalkan hukum
hudud.

Terima kasih.