Petikan dari Teks Ucapan Sdr Anwar sempena 1 tahun keADILan

Teks ucapan penuh boleh diperolehi dari Laman Pemantau

 

“Penilaian semula adalah satu kewajaran; agar kita tidak mudah selesa, terpukau dengan pujian atau menganggap tanggapan, fikrah atau tindakan kita bijaksana belaka. Amat perlu kita lebih bertawaddu’, menerima kenyataan bahawa ruang bagi memperbaiki prestasi tetap ada. Tanpa kecuali, kita harus mencari pendekatan, halacara dan strategi baru memperluaskan skop kegiatan, memperkukuh jentera dan organisasi Parti dan melebar-luas gerakan, menjadikannya parti yang progresif; menegakkan cita-cita Islamiyah dan mendukung aspirasi perjuangan sejagat”.

 

Ulasan dari Komentar

 

Hayatilah kenyataan Sdr Anwar Ibrahim sepenuhnya. Kita jangan leka dengan kenyataan bahawa kita boleh memenangi perjuangan ini kerana “mood rakyat” ada bersama kita. Kita tahu bergantung kepada hanya “mood rakyat” tidak boleh menjana kemenangan. Kita harus memastikan Parti Keadilan Nasional adalah parti rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat.

 

Bergurau-gurau dalam memimpin parti dengan bermain politik berlebihan tidak mungkin menjanakan kemenangan dalam perjuangan. Apalah erti perjuangan sekiranya kita gagal menyempurnakan agenda rakyat dan membebaskan Anwar Ibrahim sebagai pengukur kemenangan.

 

Sedarlah, bagai ungkapan Sdr Anwar Ibrahim “Tanpa kecuali,kita harus mencari pendekatan,halacara dan strategi baru memperluaskan skop kegiatan,memperkukuh jentera dan organisasi Parti dan melebar-luas gerakan, menjadikannya parti yang progresif; menegakkan cita-cita Islamiyah dan mendukung aspirasi perjuangan sejagat”.

 

Komentar