Presiden Universiti Islam Antarabangsa Buat Perjumpaan Sulit Dengan Penerbit Buku 50 Dalil

 

Entah macamana tergerak hati saya untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama dalam dunia korporat. Maka kami pun bersetuju berjumpa di Kelab 'Commonwealth House' di Bukit Damansara. Dalam persembangan kami yang paling menyeronokkan ialah kisah Al-Ma'unah. Maklumat yang terdapat dikalangan mereka agak advance dan up-to-date juga rupanya.

 

Ada berpendapat bahawa kisah ini benar-benar berlaku tetapi terlampau di-politikkan menyebabkan mereka tidak lagi percaya dan simpati pula kepada PAS kerana menuduh penglibatan PAS secara melampau dan tidak berpatutan.

 

Ada berpendapat bahawa kumpulan Al-Ma'unah ini terperangkap dengan perancanaan Unit-unit Khas kerajaan yang menyusup dalam kumpulan ini. Ahli Al-Ma'unah ini tidak tahu menahu mengenai rancangan rompakan senjata ini. Sebab itu apabila dikepong mereka terpinga-pinga dan terus menyerah diri apabila diminta berbuat demikian.

 

Ada berpendapat bahawa kisah rompakan senjata ini memang berlaku dua tiga minggu sebelum kisah Al-Ma'unah berlaku. Dato' Najib brief Dr. Mahathir mengenai kecurian senjata yang berlaku di Sungai Petani dan di Johor . Yang berlaku hanya dua tiga laras senapang telah kecurian oleh tentera dan bekas tentera. Lantas Dr. Mahathir 'get over-excited' dan mahu dipolitikkan untuk mendapat 'the furthest mileage possible'. Maka berlakulah drama 'The Sauk' atau 'Al-Ma'unah' ni.

 

Ada mempertikaikan kenyataan bodoh Jeneral Zaini. Tidak layak beliau membuat kenyataan-kenyataan sebegitu rupa. Sepatutnya beliau menjawab bagaimana dua kem tentera dapat dibolosi dengan begitu mudah dalam masa satu jam setengah sedangkan 'procedure' untuk memasuki kem tentera tempat simpanan senjata begitu ketat dan memerlukan 'clearance'  dari banyak pihak. Mengapa beliau memperbesarkan kisah beliau menumpaskan Mohd Amin yang dalam kebingungan itu sedangkan Mohd Amin memang sudah bersedia untuk menyerah diri setelah mengetahui bahawa beliau terperangkap dengan rancangan pihak-pihak tertentu yang menyusup dalam kumpulan Al-Ma'unah.

 

Dua orang polis yang menjadi mangsa tu memang ada masaalah disiplin. Mereka hanya tunggu masa untuk dihukum. Maka hukuman mereka dilaksanakan di Sauk.

 

Banyak lagilah yang dipersembangkan tetapi rata-rata tidak mempercayai kisah Al-Ma'unah ini. Ia merupakan satu episod yang cukup melucukan yang hanya dipercayai oleh orang gila dan di lakunkan oleh orang tiga suku.

 

Dalam perjalanan balik alangkah terkejutnya kami apabila melihat Sanusi Junid (Presiden Universiti Islam Antarabangsa dan bekas MB Kedah) sedang berbincang dengan begitu serius dan cemas dengan Khairuddin Hassan (Penerbit Buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM) dan seorang lagi yang oleh kerana membelakangi kami tidak pastilah siapa dia itu di lobi coffee house dikelab Commonwealth House itu. Kelihatan Khairuddin begitu cemas dan ditenteramkan beberapa kali oleh Sanusi Junid. Apakah segala perancanaan konspirasi kamu menhadapi jalan buntu? Atau apa lagi perancanaan yang hendak dilaksanakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim?

 

Sanusi, tidak layak saudara selaku Presiden UIA berjumpa dan berbincang dengan begitu intim dalam keadaan sulit dengan seorang penerbit buku fitnah yang menyebabkan seorang insan Muslim teraniaya. Apakah taraf Presiden UIA begitu rendah dan hina sehingga sanggup memberi penghormatan yang begitu tinggi kepada penerbit buku fitnah? Atau memang saudara terlibat sama dalam pembikinan buku fitnah tersebut?

 

Apakah selaku Presiden gedung ilmu Islam yang mana masyarakat tempatan dan antarabangsa menuntut tidak dapat memberi menafaat sedikit pun kepada saudara dalam penghayatan Islam sama seperti keldai yang membawa buku-buku yang penuh sarat dengan ilmu tetapi tidak memberi menafaat sedikit pun kepadanya? Agaknya taraf saudara lebih rendah dan hina lagi daripada keldai-keldai itu. 

 

Apa nak jadi kepada masa depan graduan-graduan UIA sekiranya perangai Presiden nya lebih buruk daripada keldai. Sanggup berjumpa dengan penerbit buku fitnah dalam keadaan yang begitu intim

 

Nasihat saya kepada Dato' Seri Sanusi cukuplah mempertuhankan Mahathir sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuknya hatta memfitnah saudara seangkatan dalam ABIM sendiri pun. Ingat-ingat jugalah kepada hari pembalasan dan kepada janji  ALLAH untuk melaknat kepada mereka yang menfitnah saudara se-Islam.

 

Tidak layak saudara memegang jawatan Presiden UIA sekiranya saudara enggan memohon maaf kepada pelajar dan kakitangan UIA diatas perjumpaan yang tidak bermoral dan bermaruah ini.

 

Wassalam.

 

PROUD TO BE MALAYSIAN

 

"WE HAVE THE BEST COURT SYSTEM MONEY CAN BUY"