KOMENTAR

 

2 Ogos 2000

Salam Reformasi

 

TV3 PATUT DIHUKUM

 

Berita TV3 hari ini melengkapkan peranan mereka sebagai satu media yang sanggup bermain politik untuk kepentingan beberapa kerat kepimpinan negara yang korup. Hari ini TV3 telah memanipulasikan isu 13 Mei 1969 untuk menyamakan demonstrasi aman gerakan menuntut reformasi dengan perbalahan kaum. 13hb Mei 1969. Ini suatu perjuangan yang keji yang dilaksanakan oleh Media yang sepatutnya lebih bertanggung jawab. Sikap mereka menakut-nakutkan rakyat harus di hukum. Temubual dengan beberapa orang jelas menunjukkan bahawa isu yang dibawa oleh TV3 adalah berhubung dengan pergaduhan kaum dan tidak kepada isu keadilan yang semakin parah seklarang ini. Apakah sebenarnya agenda TV3 ? Mereka seolah-olah mahu menunjukkan bahawa segala jenayah yang berlaku sehingga kecurian kereta peronda polis di Gombak dengan isu demonstrasi 4 Ogos 2000 yang dirangka oleh pendokong reformasi. Setakat ini secara kolektif kita masih tidak membuat sesuatu usaha yang padu dalam menolak kejijikan media TV3. Komentar mengutuk keras segmen TV3 pada Berita Jam 8 mereka (01/08/2000). Komentar secara lantang mengutuk TV3 sebagai media korup.

 

Kita seharus menentang corak berita TV3 yang sumbang dan tidak langsung beretika. TV3 harus menghentikan perbuatan sumbang mereka. Isu demonstrasi 4 Ogos 2000 tidak ada kena-mengena dengan isu perbalahan kaum 13hb Mei 1969.

 

Barisan Alternatif harus melancarkan gerakan besar-besaran membantah penipuan TV3 yang semakin lama semakin memualkan.

 

Bagi mereka yang menyaksikan segmen tersebut semestikan nampak PENIPUAN DAN MANIPULASI TV3

 

 

KOMENTAR