KOMENTAR

 

2hb Ogos 2000

 

SALAM REFORMASI

 

MEDIA SALURAN POLITIK (TV3) SEMAKIN BIADAP

 

Hari ini 2hb Ogos 2000 Media Politik Negara TV3 mula menabur dahyah tentang peranan PAS dalam perpecahan Melayu. Pelbagai sudut kononya disentuh termasuk menyiarkan wawacara dengan Mufti Perlis dan Ustad Shahidan Kassim (MB Perlis). Sungguhpun wakli PAS turut ditemubual tetapi rumusan TV3 serta perhatian yang lebih kepada perpecahan Melayu yang disebabkan oleh PAS menjadi topik mereka. Kenapa tidak disoalkan isu-isu berhubungkait dengan ketidakislaman tindakan mereka keatas Anwar Ibrahim ? Kenapa tidak dipersoalkan fitnah hina yang mereka lemparkan kepada Sdr Anwar Ibrahim ? Apakah perbuatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada Anwar ibrahim tersebut diterima oleh Majlis Agama Islam ? Cuba mereka menjemput panel ulamak biarpun terdiri dari Ustad Umno Nakahie, Yusuf Noor dan lain-lain mufti dan bincangkan corak keislaman tindakan mereka terhadap fitnah keatas Anwar oleh mereka yang rakus dan bongkak mahu memegang kuasa. Apakah hukum keatas tuduhan berat yang tidak langsung sahih bukti yang diajukan oleh penuduh. TV3 sebenarnya adalah suara salakan anjing yang sepatutnya dihina.

 

PAS sepatutnya memulakan gerakan membidas TV3 dengan ulasan-ulasan kotor mereka. Warga TV3 harus malu dengan perbuatan stesyen tersebut dan bangkit menetang kemungkaran permainan TV3.

 

Komentar sekali lagi MENGUTUK SENARIO POLITIK TV3