KOMENTAR

 

 

20.07.2000

 

KEPUTUSAN MENGHALANG PENGGUNAAN PERKATAAN ISLAM SUDAH DIBUAT.

 

Apa yang pasti dalam menonton forum Perdana TV3 tadi (19.07.2000) ialah kerajaan seakan sudah membuat keputusan mengugurkan nama ISLAM dalam sebarang pertubuhan di Malaysia. Mungkin senario kes Sauk ini menjadi kambing hitam untuk mereka jadikan alasan untuk membatalkan semua pertubuhan yang menggunakan nama Islam. Satu tindakan yang menakutkan seolah-olah nama Islam itu akan membuatkan rakyat terkeliru. Langkah Mahathir adalah sebenarnya menampakkan bahawa beliau takut dengan kebangkitan PAS yang menggunakan nama Islam dalam pertubuhannya.Nampaknya hanya Mahathir yang takut dan walau Perdana Menteri yang lain sebelum ini tidak pernah gerun.