MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA SULTAN PAHANG

Komentar 26/3/2000

 

Menjunjung kasih KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Sultan Pahang . Patek rakyat negeri ini mengucapkan salam takzim ke Bawah Duli Tuanku. Ada pun kehadiran patek adalah untuk membetulkan kenyataan Tuanku yang telah di sampaikan oleh Tuanku. Mungkin Tuanku tidak jelas akan senario yang ada didalam negara ini sehingga Tuanku dan Majlis Raja~Raja lain ditipu oleh Mamak Bendahara yang nyata cuba melaga~laga rakyat dan Raja~Raja Melayu.

Tuanku, sedarlah bahawa Melayu tidak pernah lagi derhaka kepada DULI~DULI yang ada. Melayu tidak pernah mencabar dan rakyat tidak sekali~kali mahu bertindak biadap terhadap tungak kebanggaan Melayu iaitu Institusi Beraja. Rakyat percaya kenyataan Tuanku dalan Akhbar THE STAR keluaran 26/3/2000 jelas Tuanku menyebelahi minority kepimpinan dan menolak majority rakyat yang terasa penindasan Mamak Bendahara dalam kepimpinan Malaysia. Tuanku berkali~kali KAMI rakyat telah menghantar memorandum ke bawah duli Tuanku tapi nampak gayanya memorandum tersebut bertitahkan dakwat dan bukan emas lalu mungkin terlalu hina untuk tuanku baca dan membalasnya. Tuanku, rakyat akan hadir sekali lagi menyerahkan memorandum meminta Tuanku menyiasat dan dengan lebih adil kedudukan perundangan, jabatan kehakiman dan polis. Tuanku kami rakyat Malaysia menggesa agar Mamak Bendahara diketepikan sementara dalam usahaTuanku dan Majlis Raja~Raja menyiasat kedudukan sebenarnya.

 

Tuanku Jebat masih bersemangat dalam rakyat. Jangan Jebat muncul membela rakyat. Sedarlah Majlis Raja~Raja , jangan bersendiwara dalam nyata.

 

Komentar