Komentar

Memang sudah menjadi resam polis kita " ugutan tangkap dan menakutkan " menjadi cara utama bagi mereka. Sungguhpun kesalahan ini hanyalah kesalahan trafik namun Polis kita menggunakan ungkapan seperti "buru" bagi menakutkan pesalah trafik. Mereka tidak menggunakan ungkapan "buru" untuk pesalah jenayah memukul Sdr Anwar Ibrahim. Mereka cukup bersopan dengan pesalah jenayah "Tan Sri Rahim Noor". Jika Tan Sri Rahim Noor mahu ke mahkamah maka jalan khas disediakan untuk mengekalkan wartawan dari menyoalnya. Tan Sri Rahim Noor masih lagi punyai "body guard" dan layanan seperti Ketau Polis Negara masih di beri.

Pesan Komentar

Bagi kesalah Trafik usah gusar, usah risau. Andai Polis datang ke rumah untuk memberi waran, ikut mereka ke Balai dan bawa seorang penjamin. Mereka akan menetapkan tarikh perbicaraan. Jangan mengaku dan hanya beri kenyataan kelak semasa di bicara.

Komentar