KOMENTAR

 

21.10.2000

 

REGU BARU KHIR TOYO MEMBERI ANCAMAN KEPADA AZIZ SHEIKH FADZIL  

 

MB Selangor  Mohd Khir Toyo harus akui niat beliau untuk menjatuhkan Aziz Sheikh Fadzil wujud. Menurut sumber yang di percayai Mohd Khir Toyo pernah membuat satu perancangan sebelum pemilihan pemuda untuk mengagalkan Aziz Sheikh Fadzil.

 

Khir Toyo sudah menunjukkan bahawa sokongan beliau kepada Zein Isma merupakan satu indikasi bahawa satu regu sudah di bentuk. Regu Khir Toyo dan Zein Isma akan memberi satu tekanan kepada Aziz Sheikh Fadzil.

 

Jelas apa yang kita nampak setakat ini ialah politik Khir Toyo  adalah politik berbudayakan UMNO dan sanggup membunuh melalui politik sesiapa yang akan menjadi pencabarnya.

 

Zein Isma pasti akan membuat “comeback” dengan matlamat utama yakni menyingkir Aziz Sheikh Fadzil.

Cukup jelas bagi kita bahawa UMNO juga menuju kehancuran dan wang yang dimilik secara memunggahkan harta rakyat di gunakan untuk terus berpaut kepada jawatan dan pangkat.

 

Dengan akrabnya Khir Toyo dan Zein Isma sebagai regu bagi menuntut agenda tersendiri yakni menyingkirkan Aziz Sheikh Fadzil maka kedudukan Datuk Aziz semakin hari semakin tercabar.

 

Komentar