Komentar

Mahkamah Rayuan 9 Disember 2000 telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam perhakiman bertulis yang mengandungi 12 muka surat, Hakim Ahmas Fairuz menyatakan adalah jelas Dr Mahathir terlindung melalui asas pembelaan-pembelaannya bahawa belaiu mempunyai keistimewaan bersyarat.

Apa yang jelas Dr Mahathir bebas membuat sebarang kenyataan biarpun kenyataan itu bercorak fitnah, tidak berasas atau mempunyai niat jahat.

Apa yang menghairankan adalah persoalan asas samada kenyataan itu fitnah dan bertujuan jahat tidak penting . Yang penting adalah keistimewaan Dr Mahathir. Apakah sebenarnya keputusan Mahkamah tersebut adil? Apakah sebenarnya kewibawaan hakim tersebut tidak pernah di persoalkan. Ingat bahawa Eussoff Chim yang telah jelas melanggar etika Badan Kehakiman masih di terima oleh kerajaan Mahathir.

Komentar