Tip untuk JAIS.
Salah satu drpd persembahan di bawah yg disedut dari Utusan Meloya hari ini telah melanggar salah satu enakmen agama Islam Negeri Selangor. Harap selidik dan ambil tindakan.

AKVITI ARTIS DAN HIBURAN 17 Okt 2000

Ruhil dan GT Boyz di KLCC
PENYANYI Ruhil dan kumpulan GT Boyz akan memberi kaset dan poster kepada peminat-peminat di Salem Power Station, KLCC pada pukul 1 petang ini.

Ramli Sarip, Nora di Emporium Grand Cafe
PENYANYI Ramli Sarip dan Nora akan mengadakan persembahan bersama Seha N' Friends di Emporium Grand Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam ini.

Artis di Dataran Merdeka
ARTIS seperti Pak Pandir, Leina Hangat dan Kumpulan Jelmol akan memeriahkan acara Karnival Malaysian Grand Prix 2000 di Dataran Merdeka pada pukul 9 malam ini.

Soul Out di Shah Alam
KUMPULAN Soul Out sedang mengadakan persembahan di The Sports Bar, Grand BlueWave Hotel Shah Alam, Selangor, pada pukul 9 malam setiap hari kecuali Ahad.

The Progress di KLIA
KUMPULAN The Progress yang dianggotai oleh enam ahli itu sedang mengadakan persembahan di The Travellers Bar & Grill, Hotel The Pan Pacific, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada pukul 9.30 malam setiap hari kecuali Ahad.

Combat, The Kugiran di RFM
KUMPULAN Combat dan The Kugiran akan ditemu bual oleh penyiar radio RFM pada pukul 8 malam esok.

Nick A'zeist and The Extremist
Nick akan menemui peminatnya dgn mengadakan persembahan di Rantau Panjang pukul 8.00 malam ini.

Berbual dengan Spice Girls
PEMINAT kumpulan Spice Girls berpeluang berinteraksi dengan Emma Spice Girls menerusi laman web http://c3.vmg.co.uk/spicegirls/ pada pukul 1 pagi, Khamis ini.