KOMENTAR

KOMENTAR 1

19.05.2000

 

SIAPA BERDUSTA, MALAYSIAKINI ATAU CHANDRA MUZAFFAR

 

MALAYSIAKINI dipertanggung jawabkan atas berita yang dilapurkan oleh mereka dipetik sebagai  berkata “ Chandra Muzaffar mengugut untuk keluar dari Barisan Alternatif sekiranya Teluk Kemang ditandangi oleh DAP dan bukan keADILan”.

 

Timbalan Presiden keADILan mencabar MALAYSIAKINI untuk mempertahankan kenyataan mereka. Kredibiliti MALAYSIAKINI dipersoalkan dan jawapan perlu diberi. Sebagai MEDIA internet pertama, mempertahankan kenyataan mereka adalah perlu agar MEDIA ini terus memegang kepada konsep kewibawaan dalam melapur.

 

Sungguhpun begitu Chandra Muzaffar kini tidak lagi menerima sokongan penuh dikalangan MPT keADILan. Komentar juga pernah berbicara dengan beberapa kepimpinan tertinggi parti dan rata-rata mereka telah mula tidak sealiran dengan corak dan kepimpinan Chandra.

 

Chandra Muzaffar, adalah antara mereka yang pertama mengeluarkan “media statement” perihal pencalonan di Teluk Kemang. Ini dilapurkan oleh THE STAR pada keluaran 10.05.2000 dan 15.05.2000. Chandra dalam kenyataannya mempertahankan agar wakil keADILan lantik sebagai calun pada pilihanraya kecil Teluk Kemang.

 

Bagi KOMENTAR ~ Siapa berdusta, MALAYSIAKINI atau CHANDRA MUZAFFAR.