KOMENTAR

 

Salam Reformasi

12.10.2000

 

ANWAR TIDAK AKAN MENINGGALKAN MALAYSIA SELAGI KEZALIMAN BERLELUASA .

 

Sdr Ezam Mohd Nor memberitahu bahawa Sdr Anwar Ibrahim TIDAK AKAN SETUJU sekiranya di benarkan bebas tetapi bersyarat yakni untuk tidak meneruskan perjuangan ini. Sdr Anwar Ibrahim rela dipenjara dari berhenti meneruskan perjuangan ini. Kenyataan demikian di maklumkan oleh Ketua Pemuda keADILan sekembalinya dari Amerika pada ceramah umum pertama beliau sekembalinya beliau dari Amerika. Dalam ceramah yang sama Sdr Ezam turut memaklumkan bahawa Dr Mahathir semakin lama semakin terdesak. Menurut seorang Pegawai Kanan Kerajaan di London Mahathir telah di beri kata dua oleh Perdana Menteri Britain selaku suara kepada negara-negara Europha untuk segera mengambil tindakan atas isu Anwar Ibrahim.

 

Apa yang jelas ialah Sdr Anwar Ibrahim tidak akan menerima sebarang bentuk kompromi sebagai balasan kepada pembebasan beliau. Sdr Anwar Ibrahim mahukan keadilan dan reformasi secara total terlaksana di Malaysia.

 

Inilah semangat perjuangan beliau yang kental dan konsisten.

 

Raykat Malaysia sedarlah, kebenaran akan menjelma dan kemungkaran Mahathir akan menghancurkan Malaysia  sekiranya kita terus berdiam diri.

 

KOMENTAR