KOMENTAR

 

20.10.2000

Salam Reformasi

 

KHIR TOYO MENGARAHKAN POLIS UNTUK MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN KEATAS NIK AZIZ

 

Belum lama mana di bangku MB Selangor, Khir Toyo sudah menunjukkan sikap-sikap penentang yang tidak sihat dalam meneraju pemerintahan Negeri Selangor. MB tersebut sudah mengarahkan polis untuk menyiasat Nik Aziz dan mengenakan tindakan keatas MB Kelantan kerana memberi ceramah agama di Negeri Selangor.   

 

Khir Toyo dengan angkuh mengatakan bahawa JANGAN CAMPURI URUSAN NEGERI SELANGOR. Jelas Khir sudah menunjukkan sikap penentangan dan dengan sikap ini UMNO tidak akan berjaya mendapat sebarang perubahan dalam pemerintahan mereka. Khir sedang mencuba untuk memasuki “mainstream” dalam UMNO dengan melaksanakan wadah dan matlamat Mahathir tanpa mengambilkira suara rakyat. Sikap Mahathirisma ini membosankan kita.

 

Reformis, kita akan tunjukkan pada Khir Toyo bahawa rakyat tidak boleh di persendakan dan sikap penentangan beliau akan mendapat respon dari kita pada 5hb November 2000 ini yakni perhimpunan 100,000 rakyat di Selangor. Kita buktikan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi di Selangor. Kepimpinan bercorak Mahathirisma hanya mengundang kezaliman dan ketidakadilan di bumi Malaysia. Kita tumbangkan mereka. Buktikan 5hb November 2000, PERHIMPUNAN 100,000 rakyat Malaysia.

 

Ayuh Reformis,

 

Kita tunjukkan pada MB Baru ini bahawa keghirahan beliau membodek Mahathir akan lebih merenggangkan perhubungan antara parti biarpun sesama Melayu. Khir sendiri berkompromi tentang agenda Melayu demi politik beliau sahaja.

 

BANGKIT RAKYAT MALAYSIA, tunjukkan pada Khir Toyo suara rakyat adalah suara keramat

 

Komentar