KOMENTAR

Komentar 1

04.05.2000

 

Hari ini sekali lagi Sdr Anwar Ibrahim akan berdepan dengan Badan Kehakiman yang kini tidak telus dan bebas. Sdr Anwar Ibrahim dalam kenyataannya turut mengatakan bahawa harapan beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang bebas sudah tiada dengan melihat sistem “judiciary” yang pincang dan cacat.

 

Inilah kali pertama kita lihat Mahkamah sukar memanggil saksi untuk memberi keterangan. Datuk Dr Mahathir Mohamed tidak dapat dibawa ke mahkamah untuk membantu dalam kita mencari keadilan.

 

DEMI KEADILAN Dr Mahahtir patut hadir ke Mahkamah dan membantu proses kehakiman. Ini tidak keadilan ditolak Nombor 2. Kalau tilam boleh diheret ke mahkamah untuk membantu KONONNYA proses keadilan, mencari kebenaran dan menguatkan tuduhan, ini Mahathir, yang bernyawa, yang terlibat dalam memecat Sdr Anwar Ibrahim, yang terlibat dan bertanggung jawab kepada rakyat menyatakan kepada dunia tentang kerendahan moral Sdr Anwar tetapi didapati tidak perlu memberi keterangan. Inilah dia HAKIM kita. Inilah dia sistem kita. Mereka bertindak menutup segala kezaliman,kejahatan dan ketidakadilan dalam Mahkamah yang sepatutnya bersih dari pegangan sesiapa pun.

 

Hakim yang turut membantu kezaliman

 

KOMENTAR   1