MEREKA DIPUKUL TERUK

Komentar 16/04/2000

 

Komentar menerima email dari salah seorang pembaca yang turut hadir di Pulapol semalam 15/4/2000 jam 11.30pm. Menurut mereka dalam usaha mereka menghalau para reformis di Stesyen Keretapi Tanah Melayu maka polis telah menggunakan kekerasan sehingga ramai antara tahanan tersebut cedera akibat di pukul. Saksi yang ada juga melihat betapa kejamnya anggota polis yang hadir di Stesyen Keretapi. Saksi tersebut memaklumkan kepada Komentar bahawa polis terus mengejar mereka sehingga masuk kedalam premises KTM dan terus memukul para reformis. Mereka mengatakan bahawa penghantar tahanan-tahanan ke Pulapor adalah kerana kecederaan tahanan yang cuba disorokkan oleh Polis.

 

Komentar akan cuba mendapatkan maklumat kecederaan beberapa anggota reformis

 

Komentar