KOMENTAR

Salam Reformasi

01.11.2000

 

ABDULLAH BADAWI BERPESAN “ JANGAN BIADAP”

 

Tidak salah Komentar berita jam 8 malam TV1, menyiarkan kenyataan Datuk Abdullah Badawi yang  mengatakan bahawa sekiranya mereka tidak suka dengan Malaysia mereka boleh meninggalkan negeri ini. Kenyataan itu juga menyebut JANGAN BIADAP yang Komentar percaya sedikit sebanyak di tujukan kepada Ketua Pemuda keADILan yang lantang membahaskan kepincangan Mahathir. Komentar  kesian melihat Datuk Abdullah Ahmad  yang terus mendokong kezaliman atas rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apakah Abd.Ahmad Badawi tidak nampak kebangkitan rakyat dan kepincangan Mahathir selaku  “bossnya” ?. Abdullah Badawi masih tertindak secara neutral kerana usaha memburukkan Ezam dalam media tempatan seolah-olah satu perangkap meraih sumpati untuk mereka mendakwa Sdr Ezam dengan penuh manipulasi politik. Ahmad Badawi sudah terus akan terus berusaha mengagalkan rancangan perhimpunan 100,000 rakyat. Abdullah Badawi sekarang juga sudah nampak cenderung untuk berusaha mengekalkan dirinya untuk menjadi PM pelapis bagi menggantikan Mahathir tidak lama lagi. Abdullah Badawi juga di berita sedang berusaha untuk mencari jalan bagi menghancurkan peluang Datuk Najib dalam mencabarnya sebagai PM. Inilah Datuk Abdullah Badawi baru. TPM yang menjadi budak suruhan PM.

 

Abdullah Badawi gagal dalam meletakkan dirinya sebagai seorang manusia berwibawa. Beliau ingat dengan mengekori Mahathir maka rakyat UMNO keseluruhan akan menerimanya. Sedar Abdullah Badawi antara UMNO ada yang masih berpegang kepada kebenaran dan keadilan yang dilaungkan oleh Sdr Anwar Ibrahim.

 

Komentar