TEORI KECURIAN SENJATA OLEH AZMAN

 

Kejadian besar kecurian senjata di kem tentera baru-baru ini mengundang pelbagai andaian dan spekulasi. Namun begitu terdapat beberapa keanehan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian yang perlu dipandang serius.

Kejadian ini dipercayai bukan hanya suatu insiden terpinggir, tetapi suatu 'Grand Design' pihak tertentu dengan perancangan yang khusus. Sila renungi beberapa fakta dan andaian ini.

Rampasan senjata ala Rambo ini menggabungkan skrip pengarahan yang teliti dan dilakonkan oleh aktor-aktor yang hebat bertujuan untuk menguji serta mencabar minda rakyat Malaysia. Tidak dinafikan terdapat unsur propaganda politik sedang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk survival politik mereka.

Ada unsur x-files dalam siri rentetan rampasan senjata ini.Sungguh misteri!Apakah tujuannya?Di mana senjata tersebut akan dibawa? Siapakah yang melakukannya?Mengapa begitu mudah rampasan senjata itu dilakukan?Kenapa pula mereka perlu menunggu untuk dikepung sedangkan berpeluang untuk melarikan diri? Kenapa dibiarkan sahaja kenderaan mereka tersadai begitu sahaja?1001 macam persoalan yang timbul dan sehingga kini menjadi tanda tanya.

Di dalam media heboh diperkatakan kumpulan G15 ini.
cuba kita fikirkan komen yang telah diberikan oleh seorang penulis di dalam malaysiakini.com.(versi Inggeris).

1) Why would these robbers still hang around within the vicinity of a 50km radius when they had the opportunity to be in a neighbouring country by then? Why did they abandon their three 4WD vehicles to be discovered so soon? Are they tempting fate?

2) Now we are told that these gun robbers have taken hostages, so far unnamed, who were at that time gathering durians. Was there any need for them to take hostages? Nobody knew where they were.

3) Why have none of the relatives of the supposed hostages come forward to file missing-person reports?

4) If my knowledge of durian orchards in Perak is not badly flawed, I maintain that they are usually not far from civilisation. Why do these stupid gun robbers who are suspected to be trained soldiers not hide elsewhere?

They could have blended in by the next morning in say Kuala Kangsar or Taiping. Were they so ill-prepared? No escape routes? Or were they going to pinch durians, too?

5) Why would they be test-firing the guns they have just stolen? They must be first-class idiots! Or are Malaysians supposed to be, instead?

6) What idiot of a sentry would allow anyone, even a general for that matter, enter the camp in such an ungodly hour and let him have his way about the place? Even the inadequately-trained jaga of a boarding school would have acted more professionally.

7) Aren't weapons supposed to be secured under heavy guard, and stringent rules at several levels have to be met before even a bullet is issued? Shouldn't there be a senior officer to authorise removal of such sensitive items from the armoury? What was the matter with him?

8) Why didn't the first camp that was hit two hours before the second one signal other camps about what had happened? How long did it take these two camps to realise they had been had?

9)What is the probability of this being an orchestrated with some sinister motive in mind?

Ada benarnya komen tersebut.Cuba fikirkan dengan penuh teliti. Pandangan di bawah ini juga cuba mengajak kita untuk berfikir dengan rasional.

1. Kejadian ini berlaku seakan mengambil centre-stage daripada isu penculikan Abu Sayyaf yang sudah pun mengendur dan tidak lagi menjadi perhatian. Ia seakan mengalihkan pandangan kepada isu-isu semasa yang tidak kurang besarnya. Antaranya isu kenyataan bekas pengarah BPR dan laporan polis yang dibuatnya berkenaan pembabitan MAHAFIRAUN menghalang tugas BPR daripada meneruskan siasatan kepada Ali Abul Hasan. Norian Mai membisu dan menjauhkan diri daripada pemberita untuk membuat sebarang komen. Tiba-tiba kes kecurian ini muncul dan beliau hanya menumpukan kepada isu ini, membiarkan isu MAHAFIRAUN lenyap begitu sahaja.

Juga isu mengaitkan Ketua Hakim Negara dengan Amalan Rasuah yang belum berkesudahan. Isu serangan virus Nipah yang dikesan di Sarawak yang mula merebak dengan cepatnya.

2. Kejadian kecurian ini mendapat liputan luas akhbar dengan laporan yang begitu terperinci. Di dalam zaman akhbar yang begitu dikuasai oleh kerajaan BN, berita-berita yang mengancam kredibiliti mereka dan keselamatan Negara biasanya disorok seberapa boleh. Contohnya apabila wabak Nipah melanda, maklumat-maklumat yang diterima sangat ringkas dan angka rujukan yang diberi juga jauh daripada yang sebenarnya berlaku. Seperti komen yang biasa kita dengar, "lebih besar berita, lebih besar pembohongannya".

3. Kejadian ini mengundang persoalan, "Kenapa mereka (pencuri) melakukannya?". Dilihat daripada perancangan dan modus operandinya, ia berjalan sungguh licin dan teratur, (berkemungkinan oleh orang dalam sendiri) suatu perancangan yang rapi. Tetapi selepas saja berjaya melarikan senjata, mereka menyorok di dalam dusun, membuat beberapa tembakan percubaan dan mendiamkan diri. Tiada perancangan khusus samada untuk melarikannya (senjata) ke seberang untuk penjualan senjata (kemungkinan yang tipis kerana lebih mudah mendapat senjata di seberang dari di Malaysia) atau melakukan rampasan kuasa dsb, seperti merampas stesyen radio, tv, menahan tebusan dari kalangan ahli politik dan sebagainya. Kumpulan ini hanya menahan beberapa orang kampung sebagai tebusan tanpa apa-apa demand.Mengapa kumpulan G15 ini perlu menunggu di dusun tersebut sedangkan mereka berpeluang melarikan diri? Apakah tujuannya mereka meninggalkan kenderaan mereka? bagaimana pula mereka mengangkut senjata tersebut?Pelik bin hairan.Mengapa pula pihak polis tidak mendedahkan nama-nama perompak senjata yang terlibat sedangkan nama mereka boleh dikesan melalui nombor pendaftaran kereta yang telah ditinggalkan?

4. Jika ia benar-benar berlaku diluar pengetahuan kerajaan, MAHAFIRAUN dan kunco-kunconya dah lama cabut lari atau meningkatkan kawalan mengejut di kediamannya dan kedudukan strategik seperti stesyen tv dan parlimen. Sebaliknya MAHAFIRAUN kelihatan tenang dan memberi beberapa pandangan yang provokatif seakan-akan mengaitkan kejadian dengan pihak pembangkang.

5. Statement daripada Najib dan timbalannya, seperti orang hilang punca, meneka-neka kemungkinan liar dan sangkaan-sangkaan tanpa maklumat tepat seperti "kebarangkalian motif adalah melakukan jenayah, kemungkinan sebab-sebab politik belum dapat dipastikan". (jenayah apa nak dilakukan dengan senjata sebanyak itu…..?)Apa yang nyata mereka cukup pasti kumpulan ini adalah seramai 15 orang.Mengapa tidak ada pegawai tinggi ATM yang membuat kenyataan akhbar berhubung isu rampasan senjata ini?Kenapa dibiarkan sahaja Ketua Polis Negara dan Menteri Pertahanan membuat kenyataan akhbar yang bernada kebudak-budakan.

6. Rampasan senjata ini seakan cuba membayangkan "Motif mereka sebenarnya menimbulkan huru hara dan merampas kuasa yang didalangi oleh golongan ekstrimis pembangkang atau gerakan Islam. Di dalam media heboh memperkatakan kumpulan G15 ini memakai serban serta berkopiah.Jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang akan dijadikan kambing hitam selepas ini.

7. Kejadian ini bersambungan dengan redanya serangan bertubi-tubi mereka kepada parti keADILan (sempena pilihanraya kecil Teluk Kemang), dan serangan terhadap PAS (ketika berlangsungnya muktamar). Ia seakan suatu wrap up untuk menyerang pembangkang dengan seluruh kekuatan dengan sentimen keselamatan negara. Mungkin operasi lalang 2 akan muncul selepas "maklumat mengaitkan kejadian kecurian dengan pemimpin pembangkang yang kecewa dan mengambil jalan mudah….."…

8. Sama seperti tuduhan bekas gabenor bank negara mengaitkan Anwar dengan akaun berkanun sebanyak 3 bilion ringgit. Berita diperbesar-besarkan, mengaitkan Anwar dengan kuasa luar yang ingin menjajah. Semua orang tergamam. Kemudiannya berita itu sepi selepas pilihanraya, tiada siasatan lanjut tentang tuduhan, siapa pemberi maklumat malah bekas gabenor yang sepatutnya menunggu perbicaraannya atas tuduhan penyalahgunaan kuasa juga dikatakan sudah melarikan diri sekeluarga ke UK.

9. Peristiwa ini lanjutan dari 2 kes penting iaitu pencolekan oleh Abu Sayyaf oleh 'pemisah Islam' dan pembunuhan setiausaha GAM (Acheh-juga 'pemisah Islam') di Kampung Pandan baru-baru ini. Ia seakan mengingat-ingatkan rakyat akan bahayanya gerakan Islam kepada keselamatan. Suatu sindiran tajam kepada PAS (pastinya ia lebih dari niat menyindir).

10. Ia juga lanjutan daripada gesaan-gesaan dari pemimpin PAS akan konsep Jihad di dalam Islam seperti terkandung di dalam khutbah tuan guru Hadi Awang di masjid Rusila (ketika muktamar berlangsung) dan jemputan ceramah ringkas oleh wakil MILF. Kerajaan BN menggunakan kesempatan ini untuk menyekat kemaraan PAS dengan menggunakan ISA & akta hasutan.

Tolong edarkan maKlumat ini seberapa segera bagi mengagalkan grand design mereka terhadap pemimpin -pemimpin PAS dan keADILan. Strategi mereka jelas. Masa yang dirancang juga tepat. Ini projek serampang dua mata, menarik sokongan rakyat agar mempercayai teori gila mereka tentang penjajahan kuasa asing dan menguburkan terus gerakan rakyat yang diketuai BA atau setidak-tidaknya menangkap mereka yang dirasakan merbahaya terhadap survival politik mereka.  Pemimpin BA berjaga-jaga dan ambil tindakan yang perlu. Jangan berdiam diri atau mengikut rentak permainan mereka.

Nyata tindakan merampas senjata ini adalah bertujuan untuk menyalahkan pihak pembangkang supaya rakyat menganggap mereka sebagai puak pelampau atau ekstremis Islam.Ini akan memudahkan lagi UMNO untuk mengharamkan terus Parti PAS serta menangkap tokoh-tokoh pemimpin parti tersebut.Grand design ini akan gagal jika rakyat tidak mempercayai mereka. Gagalkan mereka. Bertindak segera.Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada mereka yang cintakan kebenaran dan berjuang untuk menegakkan keadilan.