BARU SEKARANG MEREKA MAHU AMBIL BERAT
 
Saya bukan seorang penulis atau seorang politik, namun demikian melihat
kepada perkembangan pergolakan isu sekarang ini ingin saya cuba
mengutara pandangan dan pendapat mengenai kesungguhan pihak kerajaan
untuk membela bekas tentera sejak kebelakangan ini begitu menyerlah dan
katara sekali.
Diperhatikan perkara atau isu ini hanya timbul selepas isu almaunah
disauk timbul,sebelumnya tiada siapa baik Pak Lah atau Najib yang nak
ambil berat tentang askar yang nak berhenti ini, mungkin agaknya selepai
Lt Jen  Zaini jadi wira baru kerajaan nampak peranan dan pengorbanan
tentera kita .
Nampaknya macam perkara dijanjikan, nak bagi peluang berniagalah, nak
bagi imbuhan bagi yang pencen lewatlah dan macam janji lagi ditaburkan
dari bibir pemimpin dan pak menteri yang berkenaan,Yang menghairankan
sangat kenapa Pak lah tak nak bela polis nak bela askar saja, Najib tak
reti buat kerja kut agaknya atau
Najib dah tak laku dan ketandusan idea untuk membela bakal dan bekas
tentera diKementeriannya sendiri. Norian Mai dan polis yang selama
bertungkus lumus dan berkorban  siang malam untuk kerajaan Pak Lah tak
nampak jasa mereka agaknya.
Perkara nak membela nasib bakal dan bekas tentera ini bukanlah perkara
baru malah bekas tentera ini dah naik meluat dan meloya mendengarnya,
sampai masa
bila berhenti macam2  penghinaan olih pegawai kerajaan kalau memohon
kerja atau
tanah mahupun rumah, kalau berniaga tak usah nak dapat  peluang kalau
tak kenal sesiapa malah ada yang dah berniaga pun kena usir seperti
anjing kurap,
Bila dan ramai bekas tentera masuk parti pembangkang  barulah kerajaan
ini nak bela bekas tentera konon, bekas tentera ini bukan ada kelulusan
dan kalau ada
SPM dan STP pun kami ini layak jadi drebar dan jaga saja bila berhenti,
ini kenyataan Pak Lah, sila buat reseach atau survey .
Menenai persatuan bekas tentera pula selain dari menadah tempurong
dengan diketuai olih menterinya tiap-tiap tahun meminta sedekah
ditol-tol dan paksa murid sekolah (setengahnya  anak bekas tentera
juga)selain dari itu mereka yang memimpin persatuan itu megambil
peluang  dan kesempatan dari nama persatuan untuk mendapat habuan bagi
kepentingan diri sendiri atau kroni mereka sendiri, dan ada pemimpin
yang terpaksa membawa bersama kes melenyapkan wang kealam kubur kerana
tak sempat dibicarakan  dimahkamah yang adil dibumi Malaysia ini.
Sedarlah wahai bakal dan bekas tentera kita tak ubah diperlakukan
seperti anjing buruan , apabila dapat buruan kita akan dicampak seketul
tulang dan apabila gagal atau tidak berhasil kita akan diserapah dan
dimaki hamun.
NAMUN DEMIKIAN PAK LAH KAMI BUKAN PENGKHIANAT NEGARA BANGSA DAN AGAMA
,JIKA KAMI DIPERLUKAN KAMI SENANTIASA BERSEDIA UNTUK MENGORBAN JIWA DAN
RAGA UNTUK MEMPERTAHANKAN MALAYSIA DAN AGAMA YANG YANG TIADA NILAI
HARGANYA, dan rasanya kami lebih setia dari orang yang berada
disekeliling Pak Lah dan pemimpin yang lain itu,