KENYATAAN MEDIA

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

30.05.2000

 

 

RUSLAN KASSIM CALON keADILan TELUK KEMANG

 

Tn Hj Ustad Ruslan Kassim akan berdepan bagi menentukan kejayaan keADILan di Teluk Kemang. Komentar menyeru rakyat Malaysia bangkit kali ini berusaha menentukan kemenangan Ustad Ruslan Kassim. Keseluruhan kepimpinan Barisan Alternatif menerima beliau sebagai calon. Dengan kekuatan dan kegigihan Ustad Ruslan Kassim dalam menempuh pahit maun sebagai pejuang keadilan Komentar mempunyai keyakinan penuh bahawa beliau dapat melaksanakan tugas sebagai pembela rakyat dengan berkesan.

 

Rakyat Teluk Kemang,

 

Undilah Ustad Ruslan Kassim. Kita percaya wakil pembangkang perlu untuk tidak kerajaan memonopoli setiap keputusan mereka tanpa mendapat pandangan dari pembangkang. Tanpa pembangkang maka setiap keputusan akan hanya mengambilkira sokongan mereka yang berbudaya mengampu dalam kerajaan. Kita mesti pastikan bahawa mereka tidak bermaharajalela dalam melaksanakan kehendak mereka.

 

Rakyat Teluk Kemang ,

 

Isu keadilan adalah isu yang besar. Perjuangan menuntut keadilan adalah perjuangan yang besar. Keruntuhan negara adalah kerana kerajaan zalim dan menagih rakyat setiapkali untuk membalas budi yang kononnya telah ditaburkankepada rakyat. Kejayaan negara adalah kejayaan semua termasuk mereka yang diklasifikasikan sebangai pembangkang. Kita harus berbangga dengan usaha kita bersama dan tidak ada antara kita yang sepatutnya berbangga kononnya dialah yang membawa kejayaan kepada rakyat. Mahathir setiap kali membidas bahawa rakyat tidak tahu berterima kasih kepadanya dan beberapa kerat mereka. Apakah mereka mengkasifikasikan kita sebagai penerima yakni peminta dan sekarang kita harus membalasnya dengan mengadaikan maruah dan terus mengikut mereka dengan buta.

 

Rakyat Teluk Kemang,

 

Anwar Ibrahim BUKAN wali. Anuar Ibrahim tidak lari dari melakukkan dosa. Anwar dan semua manusia dunia ini lemah. Tetapi Anwar Ibrahim dengan kelemahannya dengan sifat kemanusiaannya terus membela nasib rakyat. Sekiranya beliau tidak layak dan dipecat atas ketidaklayakan nya apa perlukan dia diperlakukan sebegini hina. Rakyat Islam Teluk Kemang harus memikirkan bahawa menjatuhkan hokum, memalukan dia dan keluarganya tanpa bukti khusus dan saksi benar maka segala tuduhan Dr Mahathir adalah hanya FITNAH.

 

Rakyat Teluk Kemang,

 

Didepan anda kelak adalah Sdr Ruslan Kassim. Beliau adalah pejuang keadilan. Dengan nama pejuangan keadilan beliau telah beberapa kali ditangkap. Memukul orang pun belum terpenjara, tetapi pejuang keadilan sudah dipenjara dan disiksa.

 

Rakyat Teluk Kemang,

 

 

BERILAH KAMI SATU PELUANG MENUNJUKKAN BAHAWA KITA SEDAR KEPINCANGAN YANG BERLAKU DIBAWAH KEPIMPINAN DR MAHATHIR.