Salam~

Diperpanjangkan email daripada rakan yang turut bersama-sama saya di TK hujung minggu lepas untuk ikhtibar kita bersama, terutama yang tidak berkesempatan "melawat" PD...


+++++++++++++++++++++

1. AlhamduliLlah, berkesempatan bersama-sama jentera pilihanraya ke Tk Kemang hari Jumaat-Sabtu lepas. Sesiapa yang merasai sendiri tentulah tidak sama dengan membaca laporan akhbar. Banyak sekali insiden yang sepatutnya mengambil tempat di dada-dada akhbar di padamkan dengan begitu mudah sekali. Itulah keadilan bagi mereka.

2. Di TK terdapat sekurang-kurangnya 6 kes pukul oleh pihak BN terhadap jentera BA. Mereka amat marah sekali melihat ramai jentera BA turun di saat akhir membantu terutamanya jentera dari Selangor & Wilayah. Dari no pendaftaran kereta yang sempat saya perhatikan majoritinya adalah dari Wilayah dan Selangor. Kes pukul ini melibatkan kaw Pasir Panjang, Bagan Pinang, Si Rusa, Sg Raya, Tg Agas dan Kg Gelam. Mungkin ada lagi yang tidak saya maklum. Di Sek Keb Panglima Adnan, Bagan Pinang seorang jentera wanita tempatan dipukul dengan kayu. Polis report telah dibuat dan sekurang-kurangnya 6 kejadian dilaporkan di seluruh TK, tetapi malangnya satupun tidak masuk berita.

(komen: secara kasar, jentera BN mengatasi BA dengar kadar 10:1. Hampir semua bilik-bilik hotel di PD penuh disewa oleh jentera BN. Tak taulah berapa banyak wang yang keluar utk sewa bilik-bilik berkenaan. Tumpuan diberi di kawasan-kawasan berkepentingan spt DUN Linggi - kawasan MB. Duit semua masuk poket petugas BN daripada luar...

Berkenaan kes pukul, dua orang anak muda petugas BA dimasukkan ke hospital...)


3. Saya sempat singgah ke Kg Gelam ketika menghantar seorang pegawai tentera membuang undi di Kelab Shell berhampiran dan dapati FRU sedang menjaga keselamatan. Dan nampaknya mereka mengawal jentera PR BN yang tidak tahan dengan 'provokasi' pihak Reformasi. Kami juga mendapat maklumat yang polis menasihati orang luar untuk keluar dari TK kerana khuatir kejadian tidak diigini berlaku. Nampaknya jentera umno ni lebih berkuasa dari polis. Menurut pegawai tentera tersebut, beliau yakin sekurang-kurangnya 65% undi Pos memihak kepada BA. Beliau juga telah berjaya menarik sekurang-kurangnya 20 pengundi dan of course beliau juga dah pernah menerima surat warning dari majikan dan univ dimana beliau mengambil MSc nya.


4. Ketika Kak Wan melawat Pondok Panas yang kami jaga di Si Rusa (Sekolah Kebangsaan Si Rusa), kedengaran mulut celupar wanita UMNO menghina Kak Wan antara lain 'Wanita tak pandai jaga suami!!!'  dan berbagai kata nista yang tidak sanggup saya tuliskan di sini. Sepanjang membuang undi kedengaran mereka mencerca DSAI kerana terlibat dengan kes liwat yang mereka sendiri cipta. Mereka juga berkata "Kesian kat Izzah, bagi lah kami jaga"  AstarghafiruLlah... saya mengucap panjang. Mereka telah menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah berbuat demikian (walaupun keputusannya telah kita sedia jangka) . Mereka menghina Nurul Izzah kerana fitnah yang mereka reka sendiri. Jelas dihati mereka terdapat titik hitam yang bertumpuk-tumpuk sehingga memadamkan peglihatan mata hati mereka. Nau'zubiLlah

(komen: Si Rusa, kalau tidak silap saya berada di bawah jagaan UMNO Pahang...celupar mereka ala-MB mereka sendiri...tiada yang menghairankan di situ. Celupar mereka banyak menguji kesabaran kita...alhamdulillah, banyak pahala di situ)


6. Di kain-kain retang juga terdapat kata-kata yang menyentuh peribadi dengan cara yang tidak benar antaranya. "Sorang demi sorang keluar Keadilan, akhirnya yang tinggal hanya Ezam dan Izzah, Apa komen Nik Aziz???". Sungguh biadap perbuatan mereka. Saya tidak pernah melihat fitnah yang sebegini berani dilakukan melainkan dalam masa pemerintahan Menteri Perdana pada hari ini. Ya ALlah selamatkanlah negara ini daripada pemimpin yang zalim. Janganlah Engkau timpakan musibah ke atas kami lantaran maksiat yang mereka lakukan. Berilah hidayah kepada mereka agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

7. Apapun, tahniah saya ucapkan kepada Ruslan Kassim dan semua jentera pr yang terlibat kerana berjaya mengurangkan majoriti BN. Pagi tadi terdengar yang Pak Lah akan buat post mortem kenapa undi Pos kali ini tidak memihak kepada BN. Selama ini pun memang sepatutnya tidak memihak kepada BN tetapi kerana putar belit mereka, mereka syok sendiri merasakan tentera dan polis menyokong mereka. Untuk makluman semua, pada pr kecil kali ini, BA telah berjaya fight untuk membenarkan undi pos dibuang pada hari mengundi walaupun kertas undi telah diberi seminggu awal. Khabarnya 40% membuang undi pada hari pengundian pos tentera manakala 60% menunggu sehingga hari Sabtu lepas. Alhamdulillah ini kes pertama dalam negara dan membolehkan kita mengguna pakai clause yang terdapat dalam Perlembagaan persekutuan ini  di mana-mana pr akan datang.

(komen: Alhamdulillah, BA telah berjaya memenangi undi pos dengan majoriti sebanyak 118 undi. Taktik BA pada kali ini membuahkan hasil...itupun kita lambat maklumkan kepada skot-skot kita bahawa mereka boleh simpan kertas undi mereka dan bawa sendiri ke tempat pengiraan undi..kalau kita cepat, majariti lebih besar insyaAllah dapat diperolehi...)

UNDI POS:

BN - 1625

BA - 1743

MAJORITI = 118 (BA)


Sekadar perbandingan Majoriti BN menang PR dengan sokongan yang mendadak sekali penurunannya (Sumber The Star 11/6/2000):

Tahun 2000
BN              24,500 (ni pun pelik sebab apa boleh dapat round-up figure)
BA              18,528
MAJORITI: 5,972

Tahun 1999
MAJORITI: 9,942

Tahun 1995
MAJORITI: 21,015

Wassalam

 

DARI JEBAT