MEGAT JUNID DITEKAN

Komentar 6/4/2000

 

Megat Junid melapurkan bahawa beliau telah mengubah akuan berkanun 27hb March 2000 dari mempercayai Anwar Ibrahim difitnah kepada mempercayai Anwar Ibrahim diliwat. Kepercayaan Anwar Ibrahim seorang peliwat hanya wujud pada 1hb Sept 1998. Megat Junid mengubah akuan bersumpahnya 7 hari selepas affidavit tersebut di buat. Sebelum ini Megat Junid tidak mengetahui perbezaan Akuan Bersumpah tersebut. Megat Junid semestinya TERTEKAN. Megat Junid adalah diantara beberapa orang yang dikatakan terlibat dengan kes konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Megat Junid mengatakan bahaw abeliau kini merasa lega setelah kononnya memberi keadilan pada diri dan pada mahkamah. Beliau dilapurkan tidak tidur dua hari TETAPI pada Komentar Megat Junid tidak tidur kerana takut atas apa yang telah dibuatnya. Megat Junid pasti tertekan dan takut akan apa yang bakal di menimpanya. Sekarang MEGAT JUNID mengatakan bahawa dipercaya yang Anwar adalah peliwat. Sepanjang 30 tahun mengenali Anwar beliau percaya bahawa Anwar Ibrahim TIDAK TERLIBAT dengan sebarang skandal baik melibatkan wanita mahupun lelaki. Tetapi segalanya berubah pada 1 Sept 1998. Hari 1hb Sept 1998 itulah yang membuat beliau yakin bahawa Anwar Ibrahim, rendah moralnya.

Apakah yang menyebabkan 1 hb Sept 1998 hilang kepercayaan terhadap ketinggian akhlak Anwar Ibrahim. Kenapa !hb Sept 1998 ? Mungkinkah setelah ura-ura Anwar akan dipecat dan menyokong Anwar akan memberi padah kepada beliau yang turut penuh dengan kontrovesi.

 

Megat Junid TERLIBAT dan dosanya tidak akan diampun oleh rakyat.

 

Komentar