Demonstrasi di Ladang TDM- Terima Kasih RTM
Oleh: Awang Siber

Sedang saya membuat kerja-kerja harian larut malam tertengok pula berita akhir RTM  yang menyiarkan berita yang diulang-ulang kononnya ada demonstrasi di ladang TDM Padang Kubu, Kemaman. Juga dalam berita tersebut dinyatakan Yayasan Islam Terengganu tidak lagi membayar elaun guru-guru agama di seluruh Negeri Terengganu. Malam sebelum itu berita yang sama ditunjukkan juga tetapi pada malam semalam kelihatan Idris Jusoh, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu membuat ulasan kononnya tidak pernah berlaku demonstrasi sedemikian ketika UMNO memerintah Negeri Terengganu dahulu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada RTM kerana berita tersebut mendedahkan beberapa perkara berikut:

1. Rakyat seluruh negara melihat sendiri penderitaan orang Melayu akibat dari tindakan pemimpin Melayu UMNO yang menafikan hak rakyat negeri Terengganu dari mendapat wang royalti petroleum. Bukan setakat guru agama tidak mendapat elaun tetapi anak-anak Melayu negeri Terengganu yang miskin dan cemerlang  mungkin tidak akan mendapat bantuan pelajaran lagi kerana Yayasan Terengganu menghadapi masaalah yang sama. Pemimpin UMNO boleh ketawa berdekah-dekah melihat kesengsaraan rakyat Islam dan Melayu ini tetapi tunggu akibat doa-doa mereka yang dizalimi ini. Mereka tidak marah kepada pemimpin Kerajaan Negeri tetapi kepada pemimpin UMNO Negeri dan Pusat yang menzalimi mereka. Ini adalah hasil desakan pemimpin-pemimpin UMNO Negeri Terenganu supaya Kerajaan Pusat tarik balik 'royalti' dari kerajaan Negeri Terengganu.

2. Pembohongan Idris Jusoh bahawa tidak pernah berlaku demonstrasi sedemikian sebelum itu. Betapa ceteknya pengetahuan Kepala UMNO Negeri Terengganu ini. Pada tahun1984 semasa BN memerintah Negeri Terengganu sudah berlaku demonstrasi sedemikian oleh pekerja TDM di Padang Kubu kerana menuntut kenaikan gaji. Demontrasi ini dilakukan oleh pekerja tempatan. Lantas pihak pengurusan waktu itu dibawah kerajaan Barisan Nasional membuang pekerja tempatan dan menggantikan dengan pekerja asing. Satu tindakan penganiayaan terhadap rakyat tempatan yang memerlukan pekerjaan.

3. Orang ramai yang berkerumun di pejabat TDM yang didakwa berdemonstrasi itu bukannya pekerja sedang berdemonstrasi tetapi sedang menunggu gaji yang akan dibayar oleh pihak TDM. Keadaan sebegini sememangnya berlaku pada hari ketujuh tiap-tiap bulan kerana hari tersebut TDM akan membayar gaji. Hampir seluruh mereka ini terdiri dari pekerja-pekerja asing terutamanya dari Indonesia dan Myammar. Pekerja tempatan kebanyakannya dibayar terus kedalam akaun bank mereka. Hanya buruh kontrak sahaja yang dibayar dipejabat dan ini tidak sampai 10 orang rakyat tempatan.

4. Pada hari tersebut sebahagian dari pekerja akan dibayar separuh dari gaji mereka dan selebihnya dua tiga hari kemudian. Mereka tidak mahu menerimanya dan sanggup menunggu sehingga gaji penuh diberikan. Itu sahaja yang berlaku. Tidaklah seperti yang digembar-gemburkan oleh RTM dan TV3 tu.

5. Pegawai yang membuat kenyataan kepada RTM saban hari sebenarnya pegawai dari Ladang Perwira sebuah ladang dibawah pengurusan KETENGAH (anak buah Idris Jusoh) yang tidak ada kena mengena dengan TDM. Ini membuktikan bahawa dakwaan ada demonstrasi itu sebenarnya didalangi oleh Kepala UMNO Terengganu, Idris Jusoh. Kalau tidak mana boleh pemberita RTM dan TV3 bersedia dengan adegan lakunan yang akan dipersembahkan.

6. Dari adegan ini memang layak Idris Jusoh mengepalai UMNO Terengganu. Siapa tak kenal Idris Jusoh. Bapa "Ali Baba" Negeri Terengganu. Semasa syarikat-syarikat Korea diberi kontrak pembinaan loji-loji Petroleum, petrokimia dan Gas di Terengganu dahulu nama Idris Jusoh lah yang digunakan oleh syarikat-syarikat Korea untuk memenuhi kuota penyertaan bumiputera dalam pembinaan industri petroleum dan petrolkimia ini. Dengan komisyen diantara 1.5% - 3% beliau sanggup menggadaikan masa depan usahawan bumiputera dengan membawa masuk syarikat-syarikat dari Korea sehingga usahawan-usahawan tempatan terutamanya bumiputera hanya berputih mata melihat penggondolan kontrak-kontrak oleh syarikat Korea yang menggunakan nama Idris Jusoh. Orang seperti inilah amat disayangi oleh Mahathir kerana sanggup menggadai maruah Ugama, Bangsa dan Negara. Tidak hairanlah orang seperti Idris Jusoh sanggup menggadai dan menganiayai masa depan rakyat Negeri Terengganu dengan mendesak pimpinan pusat menarik 'royalti' dari rakyat Terengganu. Saya menyeru supaya  UMNO mendokong pemimpin seperti ini demi kehancuran Bangsa Melayu, Anak Terengganu dan  Negara. Cerah harapan Mahathir untuk menghancurkan Bangsa Melayu dengan adanya orang seperti Idris Jusoh.

Sekian, berjumpa lagi diruangan yang lain.

Salam perjuangan dari Awang Siber
awangsiber@hotmail.com