KOMENTAR

 

 

18.08.00

Salam Reformasi

 

TANGKAP HISHAMMUDDIN HUSSIEN ONN

 

Akta ISA membenarkan Hishammuddin ditangkap atas mengugat keselamatan dalam negeri. Sungguhpun berkali-kali kita meminta agar akta ini di hapuskan tetapi kerajaan hanya mengatakan bahawa akta ini perlu untuk menjaga keselamatan negara. Hari ini Pemuda UMNO terlibat dalam DEMONSTRASI MAINAN bagi meniupkan semangat perkauman dikalanga Melayu dan Cina. Ini adalah satu perbuatan sumbang dilakukan oleh mereka. Kenapa mereka tidak disoal siasat. Laungan agar menolak Cina adalah satu perbuatan subersif dan Ketua Pemuda UMNO harus bertanggung jawab atas perlakukan anggotanya. Kita lihat sendiri betapa ISA turut memilih bulu untuk siapa yang harus ditangkap dan siapa harus dibiarkan. Apa jenis perundangan yang ada dalam negara ini.

Ini akan lebih menghambarkan kepercayaan rakyat kepada POLIS dan sistem perundangan negara ini.

 

Inilah dia permainan kerajaan kita.