10.03.2001 Polis telah memohon agar Ezam Mohd Nor direman lagi untuk kononnya membantu penyiasatan yang belum diselesaikan. Magistret Wan Fatimah telah menambah reman Ezam Mohd Nor selama 4 hari lagi dan tarikh lupus reman ini adalah pada 13.03.2001. Polis menyatakan bahawa tambahan reman ini perlu atas perkara berikut:

1. Mencari suspek yang masih lagi bebas

2. Meneruskan siasatan mengenai kempen menumbangkan kerajaan.

3. Mengumpul maklumat risik

Ezam Mohd Nor di tahan dibawah akta hasutan. Menurut lapuran kami Ezam juga memaklumkan bahawa enggan memberi sebarang kenyataan kerana kenyataan-kenyataan telah diberi semasa tahanan peringkat reman yang pertama.

Pada hari Jumaat 9.03.2001 Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Wahab Patail telah mengekalkan arahan reman sungguhpun Ezam telah memberitahu mahkamah bahawa belum belum disoalsiat setelah beberapa hari di tahan.

Abdullah Badawi yang mengatakan bahawa ini bukan tahanan bermotif politik seharusnya mengkaji kembali Section 119 (CPC) yang menetapkan bahawa sekiranya tambahan reman atau reman mahu di buat maka Polis harus menunjukkan Dairy of Proceedings bagi memuaskan tuntutan tambahan waktu reman. Ini bagi menetapkan peruntukkan Section 120 (CPC) yang berkehendakan bahawa siasatan dijalankan tanpa sebarang kelewatan yang disengajakan.

Jelas disini apabila soal-siasat keatas Ezam Mohd Nor tidak dilaksanakan semasa tahanan reman yang pertama, motif penahanan adalah bertentangan dengan peruntukan perundangan. Pemohonan tambahan reman hanyalah berdasarkan percaturan politik yang jelas melanggari peruntukkan yang sepatutnya dipenuhi.

Komentar menggesa semua rakyat yang perihatin untuk bersedia bagi menghadirkan diri pada 13-03-2001 tarikh lupus tahanan reman Ezam Mohd Nor di mahkamah bagi menyatakan sokongan kepada pejuang reformasi ini.

 

Komentar