KOMENTAR

 

20.08.00

Salam Reformasi

 

BARISAN ALTERNATIF SEDAR INI MAINAN, RAKYAT CINA TAHU INI SANDIWARA DAN MAHASISWA KITA TAHU UMNO TERDESAK.

 

TAHNIAH kepada Barisan Alternatif yang tidak terperangkap dalam sandiwara kedua UMNO. Kepimpinan Barisan Alternatif nampaknya amat matang dalam melihat mainan politik kepimpinan Mahathir yang cuba bermain api perkauman lantas mengharapkan Melayu akan pulang menyokong UMNO. Sayang Melayu generasi ini bijak sekali. Mahasiswa Universiti tidak terperangkap dalam mainan politik jijik UMNO. Mahasiswa Melayu sedikit pun tidak terlibat dalam DEMONSTRASI LAWAK PEMUDA UMNO. Kita tahu UMNO terdesak. UMNO sudah usang dikalangan MELAYU. Generasi kita sedar bahawa UMNO bukan lagi wadah perjuangan MELAYU. UMNO dalam keadaan kritikal sekarang. Pembohongan Mahathir menjadi viru kepada UMNO dan Mahathir nampaknya akan terus membawa UMNO kemercu kehancuran. Pembelaan UMNO terhadap Mahathir amat membebankan. Bukan sahaja UMNO sudah tidak berkemampuan membela Mahathir sebaliknya Mahathir sama-sama mengheret UMNO kelurah kehancuran.

Masyarat Cina sekarang juga telah nampak jelas betapa kotornya  Dr Mahathir dalam percubaannya untuk cuba melupakan senario semasa tetapi berganding bahu mempertahankan hak keistikewaan Melayu.

 

Cina sedar pihak alternatif tidak mempolitikkan isu sebegini sensitf. Hanya kebutaan hati mereka dalam UMNO menutup segala kebenaran lalu kebathilan mereka memuncak tanpa had dan batas.

 

KOMENTAR