KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

19.06.2000

Salam Reformasi

 

Saya secara terbuka dan mengulanginya prinsip saya. Saya tidak mahu sesiapa pun taksub kepada pemimpin, tidak kira pemimpin itu siapa.

Kita mendirikan sebuah parti baru dengan matlamat politik baru. Kalau kita menggalakkan orientasi ini dalam parti - taksub kepada pemimpin tertentu - bermakna kita tidak jujur dalam politik baru kita.~ Chandra Muzaffar di petik dari MALAYSIA KINI

 

 

Seolah-olah menjadi satu trend dalam kenyataan kepimpinan kita berhubungan dengan terma “taksub”. Sering pula kita terdengar  slogan baru “ our struggle is beyond Anwar”. Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah menjadi garis panduan dalam perlembagaan parti baru dengan matlamat baru.

Komentar tertanya pada diri sendiri apakah Sdr Anwar Ibrahim dalam laungan reformasi menghadkan perjuangan kepada dan untuk dirinya sendiri? Apakah Sdr Anwar Ibrahim hanya berjuang untuk mahu menjadi PM ? Kalau Anwar Ibrahim hanya mahu perjuangan untuk dirinya sendiri, telah lama beliau mengikuti PM. Tidak payah beliau bersusah payah membangkang tindak tanduk PM yang penuh korup, penuh unsur nepotisma dan kronisma. Insyallah kalau Sdr Anwar Ibrahim mengikuti sahaja telunjuk PM maka beliau akan selamat dalam memperjuangkan hanya setakat matlamat diri.

Anwar Ibrahim dalam usahanya cuba untuk menghalang tindakan rakus PM, cuba menghalang rasuah, menyekat kronisma dan nepotisma lantas difitnah dan diperlaku zalim oleh Mahathir dan kroninya. Anwar bangkit melaungkan tuntutan reformasi bagi membenteras kertidakadilan pada rakyat, korupsi, dan tindakan kronisma dan nepotisma. Tidak sekalipun Anwar Ibrahim menghadkan perjuangan untuk beliau menaiki tahta untuk menganti Dr Mahathir.

 

Habis apa sebenar “struggle beyond Anwar”? Anwar hanya rakyat dan tuntutan reformasi Anwar diterima oleh rakyat. Laungan reformasi itulah yang menjadi “our struggle” menjadi agenda dan menjadi perjuangan. Pembebasan Anwar adalah sebagai pengukur kejayaan. Apakah itu taksub kepada Anwar atau taksub kepada nilai perjuangan, pengorbanan yang dilaungkan oleh Anwar.

 

Kita jangan menghadkan definisi taksub. Kita jangan pula melihat taksub dalam ertikata yang sempit. Kita perluaskan minda dan buka pengertian taksub pada perjuangan menuntut keadilan, menghapuskan kezaliman, membebaskan negara dari korupsi,kronisma dan nepotisma. Salahkah kita taksub pada perjuangan suci ini ?.

Penulisan Komentar boleh diteruskan dalam membalas apakah maksud yang tersirat dan tersurat dari kalangan mereka yang kini menjerit-jerit memberitakan kita tidak seharusnya taksub kepada kepimpinan. Isu taksub kepada kepimpinan tidak pernah timbul sebelum ini. Isu “struggle beyond” Anwar juga tidak timbul. Kenapa mereka mengheboh-hebohkannya. Apakah kesengajaan ini dibuat untuk melenyapkan juga isu Anwar Ibrahim jesteru meletakkannya beberapa mereka kononnya setanding dengan pengorbanan sesaorang.

 

Jangan burukkan perkataan taksub.

 

Komentar