KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

17.06.2000

Salam Reformasi

 

TEKAD KAMI GOLONGAN REFORMASI

 

Suara kami akan didengari lagi. Menuntut agar Mahathir ditahan atas kesalahannya. Kalau ini diambil sebagai satu ugutan maka ugutanlah ia. Kerana ugutan ini adalah untuk menegakkan kebenaran. Kami nampak, polis nampak, pelajar universiti nampak, ahli UMNO nampak, peguam nampak, para tenaga pengajar nampak, reformis nampak, ahli parti pembangkang nampak, dunia nampak dan hanya mereka yang bergelumbang dengan dosa rasuah yang buat-buat tak nampak.

 

Suara kami kini lebih besar kerana isu pengkhianat Mahahtir kepada kedaulatan undang-undang jelas dan nyata. Kesedaran sudah hampir menyeluruh. Rakyat Malaysia tunjukkan kepada Mahathir bahawa kita bersedia mengerakkan desakan  untuk terus menjatuhkan  Mahathir TAHUN INI JUGA. Kita berjanji tahun ini adalah tahun keramat kita , kerana Sdr Anwar Ibrahim akan BEBAS TAHUN INI sebaik sahaja Mahathir tumpas tahun ini.

 

Kepada Polis dan Anggota Tentera, negara ini merdeka, negara ini ada budayanya, Islam agama resminya, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang  sumpah kemerdekaan kita. Apakah kamu akan tetap memukul kami yang ingin menuntut kebenaran? Apakah kamu ingin mencederakan kami yang mahu menuntut keamanan, apakah kamu mahu menerajang kami yang sedia berkorban kerana keadilan.

 

Anggota Polis dan Tentera, tidak nampak kamu tentang kesalahan, tidak nampakkah kamu tentang pendustaan , tidak kelihatankah kepada kamu kezaliman. Biar kami menuntut perubahan. Jangan lah kerana gaji bulanan kami didera dan dipukul begitu rupa. Polis , sakit rotan kamu masih terasa di sudut hati ini. Tercalar kulit masih segar dalam ingatan kami, tetapi mungkin waktu itu kamu tidak mengerti tetapi harap kali ini jangan diulangi.

 

KITA JATUHKAN MAHATHIR TAHUN INI JUGA…………….  ALLAH HUAKBAR….ALLAH HUAKBAR ALLAH HUAKBAR………REFORMASI…..REFORMASI…..REFORMASIIIIIIIIIIIIIII………….