TAHUN 2000 DITINGGALKAN 2001 DIGAMIT

Tahun 2000 ditinggalkan dan tahun 2001 disambut sayu???? Selamat tinggal tahun 2000 dan Selamat datang tahun 2001? Itulah ucapan yang mampu kita ucapkan, tapi ingatkah kita apa yang menjadikan tahun 2000 penuh tragedi kapada UMNO@BN terutamanya Mahathir@Mahafiraun ?.??? Apakah tahun 2001 menjanjikan kecerian dan kejayaan buat UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun ??.???? Apakah kita sebagai rakyat dan bangsa Malaysia masih mampu tersenyum riang dan bergembira bersama keluarga akibat perbuatan Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN kepada rakyat marhain????

Apakah kita masih dibuai mimpi dan lamunan rindu momokan UMNO@BN serta juak-juaknya?!!!! Adakah kita telah berjaya membuktikan ? SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT ? DAN ? RAKYAT HAKIM NEGARA ? ?.??? Atau kita hanya sekadar mampu berdemo dan terus berdemo bersama perjuang REFORMASI dan sentiasa diburu FRU dan SB tanpa penghujungnya???

Atau kita memang bodoh dan terus diperbodohkan oleh Mahathir@Mahafiraun serta regim zalimnya. Apakah tahun 2000 yang ditinggalkan telah mengajar kita erti perjuangan dan kejayaan?..??? atau ia talah menjadikan kita sebagai rakyat dan bangsa Malaysia yang boleh dijual beli oleh Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN ????

Apakah hakikat sebenarnya perjuangan yang tidak ada penghujungnya ini telah kita fahami dan laksanakan mengikut kehendak tuntutan REFORMASI MALAYSIA?.!!!! Apakah tahun 2001 ini akan menjadikan kita bertambah yakin dan tekad untuk terus menumbangkan KERAJAAN HARAM UMNO@BN dengan PIMPINAN MAHARAJA TUA MAHATHIR@MAHAFIRAUN sebagai satu agenda utama rakyat marhain yang bersatu dibawah perjuangan serta kepimpinan ULAMA????

Apakah kita masih mahu membiarkan tahun 2001 ini sebagai tahun regim zalim Mahathir@Mahafiraun terus dengan nafsu serakah mereka menjadikan rakyat dan bangsa Malaysia sebagai mangsa dan hamba abdi mereka???? Apakah?dan apakah kita kini???? Dimanakah kita kini???? Apakah kita manusia yang bacul seperti Mahathir@Mahafiraun ?.??? Apakah kita hanya layak menjadi hamba abdi UMNO@BN ???? Apakah kita memang telah menjadi bodoh dan kaku akibat sandiwara palsu Mahathir@Mahafiraun ?!!! Tahun 2000 penuh sandiwara UMNO@BN . Sepanjang tahun 2000 ?.. sandiwara dan sandiwara terus dimainkan oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN .

1. Sandiwara Al-Maunah ?. dimanakah skrip asalnya. Dimana menghilangnya hero Al-Maunah.

2. Sandiwara SUQIU ? dimanakah dalang utamanya.

3. Sandiwara LUNAS?dimanakah hantu-hantu ini nak dikebumikan.

4. Sandiwara Perlembagaan UMNO@BN ?.dimanakah orang seperti Shahril Samad dalam UMNO@BN.

5. Sandiwara Perpaduan Melayu?.dimana pula perginya PENDEKAR SILAT PULUT UMNO@BN terus  menghilang. Kalau HANG TUAH tengok menangis sakan dengan air mata darah kerana MELAYU UMNO@BN TELAH HILANG DAN HANCUR DIMUKA BUMI INI BERSAMA MAHATHIR@MAHAFIRAUN dan gembira sakan pula HANG JEBAT kerana ORANG MELAYU ISLAM KINI BERADA DIBAWAH KEPIMPINAN ULAMA DAN PEJUANG ISLAM?. ? RAJA YANG ADIL RAJA DISEMBAH?RAJA YANG ZALIM RAJA DISANGGAH ??.???

6. Sandiwara EKONOMI TELAH PULIH?..ke mana perginya pakar EKONOMI dari ISRAEL PILIHAN UMNO@BN .

7. Sandiwara MAS & TAJUDDIN RAMLI ?..kat mana dasar pengswastaan UMNO@BN sehinggakan syarikat PENERBANGAN PALING UNTUNG DALAM DUNIA BOLEH RUGI KERANA MAHATHIR@MAHAFIRAUN serta kroninya??.????

8. Sandiwara toya dan tangisan AIRMATA MAHARAJA TUA?..tahun menangis si mamak tua Mahathir@Mahafiraun ?.???? Sampai terleleh hingus dan air liur basi mamak tongkang ni.

9. Sandiwara 9 tahun DSAI ditambah hukum penjara?..kat mana menghilang saksi utama kes ini?yang telah pergi keliling dunia pukul canang dan bagi tahu yang dia sedia kemahkamah untuk menjadi saksi?????

10. Sandiwara Jalan KEBUN?..kat mana SUHAKAM serta Undang-Undang Malaysia.

11. Sandiwara Sanggang ?. kat mana nak letak maruah SPR.

12. Sandiwara Teluk Kemang?.dimana letaknya SPR dengan permainan sorok-sorok UMNO@BN .

13. Sandiwara Sekolah Wawasan?.kat mana hilangnya MCA@BN serta MIC@BN .

14. Sandiwara GPMS ?. Tak tahu pulak GPMS ini dah jadi anak syarikat UMNO@BN serta hamba abdi Mahathir@Mahafiraun .

15. Sandiwara BSKL?..tak tau pulak hari ini bawah 700 mata ?. Kata sebelum 2001 akan mencapai 1000 mata?.pasti dia orang dan agih-agihkan????

16. Sandiwara Wang Ihsan ? tak tau lah kenapa perjanjian PETRONAS DENGAN KERAJAAN TERENGGANU DULU ?MOU AJE???? Dah 25 tahun masih tak sah lagi?..???

17. Sandiwara PUTRAJAYA ? 39 sen sekaki persegi aje nilai hartatanah kat sana. Lelong terbaik bagi tahun 2000?.tak dapat dilain masa.

18. Sandiwara BPR ?. Kat mana Ali Abul Hassan dapat RM 100,000 dalam laci pejabatnya..wang ihsan kot dari mamak tongkang Mahathir@Mahafiraun.

19. Sandiwara PEGUAM NEGARA SIDUGONG ?.sejarah akan menghakimi beliau..piiiirah?kat mana kau nak sorong pekung kamu tu?.???

20. Sandiwara KETUA HAKIM NEGARA ? SI EUSOFF?pasal apa pula lu sebok-sebok orang lain dilantik ganti kamu?.kat mana lu makan belanja Vincent Tan.

21. Sandiwara Eric Chia?.BPR diperbodohkan oleh towkey CINA MURTAD ni boleh rompak wang PERWAJA.

22. Sandiwara Abu Hassan Omar?. Tak tau pulak Mr.Clean ni ada projek besar dengan kawan di Taman Sri Hartamas?.tapi kenapa pula Mat Taib sebok-sebok dalam hal ini???? Tak tau kat mana menghilangnya ABU HASSAN TAN ABDULLAH???? Tolong cari???? Makin banyak sandiwara yang dilakonkan oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN makin banyaklah tembelang mereka terbongkar?.??? Kini telah 43 tahun UMNO@BN telah menipu orang MELAYU ISLAM?.!!! Hari ini Mahathir@Mahafiraun terus memainkan santimen perkauman untuk menjadikan ORANG MELAYU DAN CINA bermusuhan?.dan percayalah MAHATHIR@MAHAFIRAUN ADALAH DALANG UTAMA PERISTIWA 13hb.Mei.1969?.dan orang ini juga menjadi dalang utama PERISTIWA MEMALI DAN PEMECATAN DSAI?..orang ini telah lama berpura-pura baik? tapi ia adalah MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN yang sentiasa ingin memastikan MALAYSIA BERADA DIBAWAH CENGKAMAN KUKU BESINYA.

Bangunlah Rakyat dan Bangsa Malaysia menuju kearah Malaysia Yang Adil. Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN 31HB.DISEMBER.2000 kempilan lapuran bernama yang pemimpin BN mengakui mereka sukar untuk berhadapan dengan Barisan Alternatif...???

BN kini telah sampai keperingkat akhir...????

MALAYSIAN NEWS :

BERITA AM December 31 , 2000

15:34PM SATU LAGI TAHUN MENCABAR KATA PARA PEMIMPIN BN KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Rakyat Malaysia diseru memperkukuhkan perpaduan dan juga berhati-hati pada tahun 2001 yang mungkin boleh menjadi tahun yang sukar dan mencabar, kata para pemimpin Barisan Nasional (BN). Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berkata, rakyat Malaysia perlu memperkukuhkan perpaduan untuk elakan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian.

"Sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan sosial perlu dibendung dan semua pihak haruslah mengelak daripada membangkitkan isu-isu sensitif secara terbuka yang mungkin mencetuskan ketegangan melainkan melalui saluran yang betul dan di masa yang sesuai," kata beliau. Dr Ling yang juga Menteri Pengangkutan berkata, dasar-dasar dan pendekatan-pendekatan berprinsipkan kesederhanaan, tolerensi dan bertolak ansur yang diamalkan oleh kerajaan BN patut disokong oleh rakyat semua kaum.

Tahun 2000 merupakan tahun yang penuh cabaran dan ujian untuk negara dan rakyat, katanya. Beliau berkata tumpuan rakyat Malaysia pada tahun 2001 adalah memastikan ekonomi negara terus berkembang. Katanya, banyak pihak telah melahirkan kebimbangan mereka bahawa ekonomi dunia akan menjadi tidak menentu kerana ekonomi Amerika Syarikat dijangka merosot dan kelembapan ekonomi negara itu sudah tentu akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia.

Ada pihak juga khuatir berulangnya krisis mata wang dan pasaran saham dunia tetapi kadar mata wang Malaysia yang telahpun ditetapkan akan menjaminkan kestabilan Ringgit. "Bagaimanapun, dengan usaha yang gigih dan keazaman, kita dapat mengatasi segala cabaran dan ujian ini," kata beliau. Dr Ling berkata untuk tahun 2001, bagi MCA, usaha-usaha akan dilakukan untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan banyak lagi program akan dilancarkan demi faedah rakyat.

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dalam perutusan tahun barunya berkata, rakyat mesti terus mempereratkan perpaduan memandangkan adanya usaha-usaha kumpulan tertentu untuk menerap rasa benci di kalangan pelbagai kaum. "Kita mesti berjaga-jaga...kita tidak harus membenarkan emosi menguasai kita," kata beliau dalam perutusan tahun barunya. Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya berkata sentimen perkauman dan kempen benci yang digunakan oleh pembangkang terhadap kerajaan pada pilihan raya kecil Lunas, 29 Nov lepas menunjukkan mereka "tidak hiraukan masa depan negara." Beliau menyeru rakyat supaya menolak unsur perkauman dan bersatu untuk memastikan Malaysia terus kekal aman dan makmur. "Terdapat banyak peluang bagi kita di negara ini. Ia hanya terpulang sejauh mana kita sanggup bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain," katanya. Presiden parti Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik berkata, tahun baru bermula dengan negara masih berbelah bahagi dengan pelbagai pandangan dalam membina negara. "Tetapi ini tidak harus menimbulkan kebimbangan selagi semua pihak menunjukkan kematangan masing-masing dalam membincangkannya di khalayak umum; saling menghormati hak pihak yang lain untuk mengutarakan pandangan dan akhirnya mencari jalan persefahaman untuk mengatasi apa-apa kebuntuan," kata beliau dalam perutusannya.

Dr Lim yang juga Menteri Perusahaan Utama berkata, debat-debat mengenai membina negara adalah sihat dan perlu digalakkan. Beliau juga berkata, prospek pertumbuhan ekonomi bagi 2001 bukan cerah seperti tahun 2000, jika kerajaan meneruskan pembanguan ekonomi menggunakan laluan yang sedia ada. Untuk mencapai pertumbuhan positif akan memerlukan usaha-usaha ke arah perubahan struktur ke sektor-sektor kecil pertumbuhan tinggi seperti telekomunikasi dan hujung rantaian tambah nilai dalam sub sektor elektronik dan bioteknologi. "Bagaimanapun, kita perlu ingat pentingnya meningkatkan produktiviti dan seterusnya daya saing, jika Malaysia mahu bersaing dalam persekitaran ekonomi antarabangsa yang semakin sukar, mencabar dan kompetitif," katanya.

Beliau berkata, golongan terpinggir dalam semua kumpulan etnik harus diberi peluang dalam pendidikan, latihan, perniagaan dan pentadbiran awam. "Saya yakin kita akan dapat rumuskan formula bersama yang akan menyaksikan pembangunan berterusan negara kita dalam semua bidang dan memperkukuhkan lagi perpaduan negara," katanya.

Presiden PPP Senator Datuk M. Kayveas berkata, sudah tiba masa bagi semua pihak untuk pertimbangkan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad supaya hentikan kontroversi berhubung tuntutan dan tuntutan balas yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-persatuan Cina (Suqiu) dan Gabungan Penuntut-penuntut Melayu Semenanjung (GPMS).

Beliau berkata, selama ini isu perkauman telah digunakan dari masa ke masa oleh pelbagai pemimpin dan kumpulan yang hanya mementingkan masyarakat masing-masing. Kayveas berkata pemimpin-pemimpin itu hanya melaungkan mereka rakyat jati Malaysia tetapi sebenarnya tidak mengamalkan apa yang mereka sendiri laungkan, dan menambah kata mereka harus ikhlas. --

BERNAMA

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL