UCAPAN TAHNIAH BUAT YB SAIFUDDIN NASUTION
 
Selepas genap setahun pilihanraya umum kerusi DUN Lunas telah bertukar tangan kepada Barisan Alternatif dirampas dari BN secara demokrasi. Rakyat Lunas telah dengan bijak menolak BN. Pengumuman kemenangan BA tidak diumumkan dengan suara melalui TV3/4 hanya dengan menunjukkan  display sahaja. Tiada ulasan dari Kamaruddin Mape bahawa rakyat Lunas bijak dengan menolak BN. Tidak seperti sewaktu pilihanraya Sanggang dan Teluk Kemang. Kamaruddin Mape tidak menyebut sepatah pun yang BA telah mendahului BN.
 
Namun apa yang lebih penting keputusan pilihanraya kecil Lunas ini menunjukkan bahawa jentera BA semakin mantap. Segala tektik kotor BN telah berjaya ditangani seperti masalah pengundi hantu dan politik Jalanraya (jalan baru turap la apalagi). Begitu juga menunjukkan kematangan rakyat dalam menilai berita sebenar. Bukan terus mempercayai bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh TV3/4 ataupun apa yang tertulis dalam Akhbar dongeng Utusan Meloya. Rakyat juga sedar media-media ini hanya sesuai untuk santapan mata dan telinga sahaja namun bukan untuk dijadikan panduan (For Your Eyes Only kata omputih).
 

Faktor kebijaksanaan pengundi Lunas juga menjadi perkara utama dalam kemenangan Barisan Alternatif. Pengundi Lunaslah yang paling bertuah kerana mereka bukan sahaja dapat jalan baru, balairaya baru, bagi kaum India dapat Kuil baru dan yang paling berharga mereka dapat Menteri Kerja Raya. Sami Belu akan terus menetap dan membuka pejabat di Lunas seperti yang telah dijanjikannya. Jadi tidak timbul lagi soal jalan rosak, bangunan rosak. Perkara paling mustahak mereka dapat wakilrakyat baru dan mereka tidak akan ditindas lagi oleh UMNO kerana kerusi mereka di dewan negeri sudah tidak cukup untuk menzalimi rakyat Kedah. Speaker Badaruddin pun tak boleh berlagak samseng lagi.

 

Kecekapan menangani pengundi-pengundi hantu juga merupakan salah satu faktor utama kemenangan BA. UMNO kena memikirkan cara lain untuk menghantar hantu-hantu dalam pilihanraya yang lain. Tahniah kepada Pengarah Pilihanraya BA Lunas saudara YB Azmin Ali. Tahniah dan Terima kasih juga kepada Lim Kit Siang dan DAP kerana toleransi mereka juga banyak membantu dalam kemenangan ini, mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan margin 530 undi ini datang dari sokongan DAP.

 

Walau bagaimana pun faktor kemenangan kita juga datang dari hasil penat lelah BN/UMNO. Kalau tidak kerana tingkah laku buruk Mat Khir Toyol, laporan palsu Media, Kebodohan PM dan TPM dalam membuat ucapan, kalau tidak kerana jalan baru hasil dari politik jalanan UMNO mungkin sukar juga untuk kita menang.  Terima Kasih UMNO dan terima kasih juga kepada samseng-samseng upahan Semi Belu kerana menunjukkan contoh yang buruk kepada pengundi Lunas. Bagi pihak UMNO saya mengucapkan terima kasih juga kepada hantu-hantu yang terlepas kalau tidak UMNO/BN pasti malu besar. TERIMA KASIH UMNO DAN SELAMAT JALAN.

 

SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA YB SAIFUDDIN.

 

AnakGanu