Panggilan terbaru saya terima dari sdr Lokman yang mengatakan:-

Esok berkumpul beramai ramai di Masjid Negara tepat pukul 8 pagi di pintu masuk Masjid Negara sebelah pusat Islam. Tempat berkumpul adalah pintu masuk masjid negara berhampiran pusat islam!! Kemudian berarak beramai ramai ke Balai Polis Dang Wangi selepas solat hari raya.

Lokman Noor Hj Adam Setiausaha Pemuda Barisan Alternatif

p/s : ini ada lah kenyataan ringkas yang saya terima melalui panggilan telefon. Di harap di sebarkan maklumat ini selekas mungkin.

WebReformis (kenyataan ini dipaparkan pada pukul 1.32am)


Pemuda Keadilan seluruh peringkat meminta seluruh rakyat agar dapat hadir ke Balai Polis Jalan Stadium Dang Wangi selepas solat hari raya aidiladha esok pagi. Kita berhimpun beramai ramai. Pihak polis di minta agar segera membebaskan saudara Ezam secepat mungkin sebelum solat Aidil Adha esok. Jika pihak polis gagal berbuat demikian, pihak kami akan tidak teragak agak mengambil tindakan yang kamu sendiri tidak menduga. Seluruh rakyat di minta berhimpun di tempat yang di sebutkan tadi.

Lokman Noor Hj Adam
Setiausaha Pemuda Barisan Alternatif
makluman ini disampaikan oleh Web Reformis. Berita ini dipamerkan pada pukul 12.15am (6-03-2001)


MENGIKUT MAKLUMAN YANG DITERIMA ESOK SEMUA PENDOKONG REFORMASI AKAN BERHIMPUN DI BALAI POLIS JALAN STADIUM JAM 8.30PM.
Disamping memberi sokongan terdapat antara rakyat Malaysia yang akan membakar lilin di hadapan Balai Polis tersebut MENANDAKAN BANTAHAN KITA ATAS PENAHANAN SDR EZAM MOHD NOR

Berita ini dipamarkan pada jam: 11.54pm
 

BERSAMA KOMENTAR DENGAN PERKEMBANGAN MUKTAHIR


EZAM TELAH DIPINDAHKAN DAN DI TAHAN DI LOKAP BALAI POLIS JALAN STADIUM. KAMI DIMAKLUMKAN BAHAWA BELIAU AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH PADA 7hb MARCH 2001

Berita ini dipamarkan pada jam 11.14pm


EZAM DI IPK (POLIS) JALAN PUDU. PENDOKONG REFORMASI YANG MAHU MENUNJUKKAN SOKONGAN SILA HADIR KE SANA. MALAM HARI RAYA BERSAMA EZAM DI IPK PUDU.

Notis ini di paparkan jam 10.44pm 5/03/2001


SDR EZAM DI TAHAN SEKITAR JAM 8.00 PM DI BUKIT DAMANSARA

KITA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PENAHANAN SDR EZAM MOHD NOR


KENYATAAN MEDIA SDR EZAM MOHD NOR SEBELUM BELIAU DI TAHAN

Kenyataan Media 5 Mac 2001

SATU LAGI RANCANGAN JAHAT MAHATHIR DAN UTUSAN MALAYSIA

Episod terbaru di akhbar tempatan khususnya Utusan Malaysia sekali lagi memperlihatkan bagaimana Mahathir Mohamad memperalatkan media untuk mewujudkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat.

Hampir setahun yang lalu Mahathir Mohamad menggunakan taktik yang sama. Utusan Malaysia digunakan untuk mewujudkan suasana tegang. Mahathir Mohamad sendiri mendakwa mempunyai maklumat kononnya perancangan telah dilakukan oleh Parti Keadilan Nasional untuk merusuh dan membuat huru-hara. Saya dan beberapa pimpinan parti ditahan tetapi tidak seorangpun didakwa!

Saya telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat dakwaan Mahathir (laporan polis bertarikh 26 April 2000 dilampirkan) hampir setahun yang lalu tetapi tiada tindakan diambil.

Polis sepatutnya menyiasat dengan saksama kesemua laporan polis yang dibuat. Kenyataan Perdana Menteri setahun yang lalu merupakan satu perkara serius. Sekiranya Mahathir gagal membuktikan dakwaan beliau, tindakan mesti diambil kerana kenyataan beliau telah mewujudkan suasana tegang dan mengandungi elemen menghasut. Ini adalah taktik seorang pemerintah yang gelabah dan sanggup menimbulkan suasana tegang untuk menakut-nakutkan rakyat supaya perhatian rakyat kepada isu besar rasuah dan penyelewangan dilupakan.

Taktik yang sama digunakan hari ini untuk mengalih pandangan rakyat daripada mempersoalkan penyelewengan wang rakyat yang berleluasa sekarang. Sekali lagi Mahathir menggunakan media dan polis untuk menyerang pembangkang dan lari daripada menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat. Kesemua dakwaan pembangkang berhubung dengan penyelewengan wang rakyat dalam institusi seperti KWSP, LTH, Khazanah Malaysia, Tabung PNB, LTAT tidak dijawab oleh pemerintah. Sebaliknya mereka terus menggunakan polis untuk menakutkan rakyat dan memburu pemimpin pembangkang.

Saya sendiri diburu seperti seorang penjenayah hari ini. Jam 2.00 petang tadi sekumpulan 6 orang anggota polis masuk ke rumah saya tanpa kehadiran saya dan menggeledah seluruh pelosok rumah saya. Ianya berlaku hanya beberapa jam setelah laporan polis dibuat oleh Pemuda UMNO hari ini. Laporan polis saya setahun yang lalu dengan bukti lengkap terhadap Mahathir tidak diendahkan sama sekali.

Mohamad Ezam Mohd Nor Ketua Pemuda Keadilan Malaysia