ANTARA KOMEN SEMASA BERTAFAKUR….INSYALLAH AKAN DIUTARAKAN YANG LAIN
 
 
 
assalamualaikum,
 
saya merasa gembira yang teramat sangat setelah hampir 10 hari, akhirnya 4
webmaster bagi website-website teras reformasi kembali beroperasi.  Gembira
rasanya tak terkata. Alhamdulillah, permasalahan ini mula menampakkan
tanda-tanda bertolak-ansur. saya faham akan tujuan bertafakur yang
dilancarkan dan juga bersetuju dengan seruan untuk kedua-dua mereka itu
meletakkan jawatan (sekiranya benar mereka sudah mulai tergelincir dari
perjuangan asal reformasi). akan tetapi, saya merasa lebih berbangga dengan
kematangan yang ditunjukkan oleh para webmaster website teras ini kerana
lebih mementingkan perjuangan reformasi secara total sehingga sanggup untuk
kembali beroperasi walaupun "tuntutan" asal keatas kedua mereka itu masih
belum beroperasi.  saya yakin, saya adalah diantara jutaan penyokong
reformasi yang pasti gembira kerana dapat melayari website teras reformasi.
LAWAN TETAP LAWAN.
 
terima kasih yang tak terhingga...
inn8200@aol.com
seattle, u.s

 

 

Alhamdullillah,

Kembali anda dari menyatakan pendirian tegas, ikhlas dan jujur seorang pejuang. Ayuh jangan biarkan mereka terus 'bermahathirlela'. Sebagai anggota dan penyokong reformasi, saya berfikiran terbuka sejajar dengan cara kita menggunakan kemudahan webside dalam menyalurkan matlamat dan agenda kita kepada masyarakat. Bertafakur Beketika itu hak anda dan rakan-rakan webmaster lain. Kita mengamalkan demokrasi. Kita bukan seperti mereka yang dibaratkan lembu dicucuk hidung.

 

Sebagai pengendali web proreformasi, anda mempunyai banyak kelebihan dan kekuatan untuk menyubur atau meracuni reformasi dan keADILan. Hanya saluran web yang masih ada untuk keADILan. Tidak seperti PAS, mereka mempunyai aturcara ceramah yang berterusan dan tersusun di merata pelusok tanah air. Satu yang saya amat takut adalah perselisihan faham antara pengendali web-web proreformasi. Itu bukan sesuatu yang mustahil. Hal sedemikian boleh dirancang dan susun oleh mereka yang berwang dan berkuasa, so .... tolonggggggggg....diambil ingat. Anda webmaster proreformasi bolehlah saya ibaratkan sebagai pemegang kunci-kunci pelancar senjata berkuasa nekluer.

 

 Apa-apa pun kita tumpukan dulu segala kekuatan dan masa kita untuk membantu calon kita di TELOK KEMANG. Jangan sampai ada diantara pemimpin kita mencontohi tindakan Tengku Razali Hamzah.  Ingat! Mereka ada keupayaan mencipta kelon Tengku daripada kalangan pemimpin kita.

 

Terima kasih kerana menamatkan kerinduan ini pada hujah-hujahmu.

Menang jadi abu, Kalah jadi arang.

Kita bagaikan satu susunan batu-bata

BUKAN seketul batu

 

Kedua Kali Aku Menulis.

 

 

 
Penghulu  - exmahazalim@yahoo.com
Temenggong - mahazalimtwo@yahoo.com
Bentara Radikal - hh_98@hotmail.com
Bentara Rasional - pemantau@ikhlas.com
Hulubalang - black14warrior@yahoo.com
 
Assalamualaikum wrh wbt
 
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kesedaran saudara
menjalankan perjuangan reformasi melalui siber .
Mutahir ini , KeADILan telah melalui perubahan yang agak tidak memberangsangkan
perjuangan reformasi.
Saya berasa terpanggil untuk menghantar surat ini kepada saudara . Langkah
bertafakur seketika amatlah menyedihkan . Ini kerana ramai reformist tidak dapat
maklumat terkini.
Di samping jika kita lihat dalam akhbar-akhbar kini , isu bertafakur telah
mendapat perhatian. Malangnya ulasan yang diberikan adalah negatif dan ini boleh
menyebabkan penyokong reformasi berjauh hati denga perjuangan .
Diharapkan saudara dapat memberikan makluman dan maklumat mengapa tafakur
diadakan samada dengan membalas e-mel atau mengemaskinikan laman web saudara .
Akhir kalam , didoakan perjuangan reformasi keadilan itu berjaya dan dirahmati
ALlah s.w.t.
 
Wassalam .
 
Sentiasa membuka laman reformasi .
 
 
 
 
 

 

 

Kepada semua Webmaster,
 
Pastikan tindakan kamu tidak di ambil kesempatan pihak musuh yang senantiasa
mencari ruang untuk menghancurkan kita.
 
Pastikan tindakan tidak menyimpang dari asas perjuangan sebuah Jema`ah
Islam.
 
Sesungguhnya keyakinan kita bahawa esoknya ALLAH swt. tidak menyoal apa
kejayaan kita tetapi apa yang yang telah kita buat dan usahakan dengan tidak
sesuatu matlamat yang menghalangkan cara.
 
Selamat berjuang kami senantisa memberikan sokongan dan dorongan.
 
CZACK.
 

 

Terima kasih,Terima kasih,Terima kasih,Terima kasih. Tindakan anda membuka laluan kepada makulumat mengenai Tarikh, Hari, Masa dan Tempat memperkenalkan calon kita amat saya kagumi. Lawan tetap lawan!!!.... Tapi kenapa kawan-kawan lain langsung tak bagi laluan? Perjuangan kita ikhlas, kita tidak meletakan kedudukan dalam parti itu sesuatu yang terpenting. Semua orang boleh berjuang jika mahu. Biarkan mereka buat seketika. Tumpukan sasaran kita TELOK KEMANG. Tanpa sokongan anda dalam kempen-kempen menawan TELOK KEMANG menjadi tidak bermaya. Keadilan tiada kekuatan seperti PAS jauh lagi dengan UmNO. Keadilan hanya ada banyak laman web yang prokeadilan. Jika kelebihan itu tidak disedari, sia-sialah jadi pemimpin.

 

Ingat, jangan sampai tindakan kita akhirnya membantu musuh-musuh kita. Mereka tidak mampu menahan saudara.... tetapi mereka tetap berusaha mempengaruhi anda webmaster prorefomasi.

 

Keadilan ketiadaan pemimpin politik yang benar-benar berkarisma ?

 

 

Kali kedua aku menulis.

zahot@hotmail.com