ARTIKEL BULAN REFORMASI

OLEH PENDEKAR MELAYU

 

 

Sudah sampai 2 tahun kita berjalan melalui hidup penuh pancaroba. 2 tahun kita bercerita tentang pembaharuan dan berusaha menuntut reformasi. Reformis sehingga kini masih bersama-sama bercerita tentang bila agaknya satu lagi perhimpunan aman mahu dijalankan, bercerita tentang bagaimana agaknya dapat kita berikan satu tekanan kuat sehinggakan kerajaan ini khususnya Mahathir dapat di tumbangkan. Ghairah kita membicarakan tentang perjuangan, ghairah juga Barisan Alternatif berusaha bagi menentukan kejayaan pembangkang. Politik menjadi topik utama dan buku-buku politik terjual laksana goring pisang panas. Parti Keadilan Nasional, parti baru dalam senario politik turut berusaha memantapkan perjuangan ini dengan mengadakan program-program khususnya antara ahli. Panas dunia politik sekarang ini. UMNO turut membelanjakan wang rakyat untuk mengambilhati rakyat supaya UMNO dijadikan tunggak ketuanan Melayu. Serangan politik UMNO hebat, mereka menyerang dengan segala kekuatan mereka termasuk merubah setiap sistem demi menghancurkan lawan. Bayangkanlah media dikongkong dan berfungsi untuk menyerang pembangkang, polis digunakan untuk menakut-nakutkan reformis, undang-undang di explotasi demi memastikan mereka yang berkaliber di penjara agar tidak mengugat kita. Serangan hebat mereka diteruskan dengan senjata yang paling kuat yakni WANG. Senjata ini amat kuat sehinggakan ada yang Lumpur akur kepada kekuatan kesan senjata WANG. Senjata WANG inilah yang digunakan oleh UMNO untuk memastikan yang zalim terpelihara yang hak ternoda. Senjata WANG inilah yang melepaskan Dr Mahathir dari menerima BALASAN untuk dosa yang dilakukkan didunia. Senjata wang inilah yang digunakan untuk membawa ahli-ahli UMNO berpaling dari membantu mereka yang benar dan jelas sedang di zalimi dan di dera. Rampasan HAK dari sesiapa yang dirasakan kuat untuk menegakkan keadilan dan kebenaran di penjara, dihina. dicerca dan di seksa. Inilah senario kita, ini umat kita, inilah dunia politik kita di Malaysia.  Apakah iktihar kita?  Apakah jalan kita untuk meneruskan perjuangan ini lantas nampak arah menuju kejayaan.

Entahlah antara kita jangan pula “SYOK SENDIRI” ghairah mengatakan sokongan kita cukup padu sehinggakan kita tidak perlu banyak usaha untuk memastikan kejayaan. Ramai antara kita  bercerita antara sesama tentang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku. Malang kita sama kita sudah menerima hakikat tentang perlunya reformasi tetapi yang penting adalah apakah usaha kita menerangkan kepada rakyat yang masih belum jahil terhadap tuntutan reformasi.   

 

REFORMIS, PENDOKONG REFORMASI DAN PEMIMPIN PARTI, usahakan JANGAN antara kita hanya SYOK SENDIRI.

 

SEKIAN