KOMENTAR

Komentar 1

20.05.2000

 

SYED HAMID ALBAR VS AMIEN RAIS DAN SELURUH RAKYAT INDONESIA

 

Syed Hamid menegur Indonesia kerana tidak menghormati semangat Asian. Beliau mengatakan komen-komen Amien Rais adalah satu pencabulan sistem Malaysia. Syed Hamid dalam latahannya mengatakan bahawa Malaysia mempunyai sistemnya sendiri dan Indonesia tidak sepatutnya campurtangan. Seperti biasa Syed Hamid dan rakan UMNOnya tidak pernah mahu mengimbas kembali peristiwa kezaliman polis dan pencabulan sistem penghakiman. Mereka tidak akan menjawab persoalan-persoalan proses kehakiman dan seolah-olah cuba menyembunyikan bahawa proses perundangan keatas kes Anwar Ibrahim yang mana ia jelas menampakkan bahawa badan ini telah dimanipulasikan oleh Dr Mahathir. UMNO seperti biasa apabila dipersoalkan tentang keadilan lantas mendakwa organisasi mereka adalah juara dalam menjalankan sistem yang adil. Mereka seolah-olah meraba dalam terang. Sistem yang ada jelas dimata dunia zalim dan penuh tidak keadilan. Ahli UMNO tahu, begitu juga Datuk Syed Hamid tahu bahawa Dr Mahathir telah memperalatkan sistem ini untuk kepentingan dirinya. Badan kehakiman sudah dicalari, undang-undang negara sudah dikotori dengan permainan jijik mereka. Datuk Syed Hamid kena sedar bahawa Indonesia tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran negara Malaysia. Mereka tidak langsung membuat desakkan agar Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa syarat. Mereka menegur Malaysia kerana sememangnya benar bahawa perundangan dan badan polis telah diajar untuk menjadi tidak berperikemanusiaan. Perkara benar dibenarkan, tegur menegur adalah untuk memperbaiki  keadaan yang terus nampak senget dimata dunia. Mahathir bertanggung jawab dan Mahahtir perlu akur bahawa rakyat UMNO rata-rata turut menolak beliau.

 

Komentar~ andai nampak bapak dera anak disebelah rumah, apakah kita harus diam dan biarkan ia berlalu pergi.

 

Komentar