EMAIL INI DITERIMA DALAM E-GROUP YANG MENYOKONG TULISAN KOMENTAR

PERIHAL PERJUANGAN SDR AHMAD LUFTI DIBERITAKAN E-MAIL INI DARI SYED HUSIN ALI

 

 

 

Saudara,

Saya bersetuju bahawa perjuangan Sdr Ahmad Lutfi Othman untuk menegakkan
kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara perlu diberi sokongan penuh oleh
semua golongan,  tidak terbatas hanya kepada BA, yang cintakan kebebasan.
Memang sekarang ini BN yang dipimpin oleh Dr Mahathir mahu menghapuskan
semua penerbitan yang sering mengritiknya. Bahkan mereka tidak sanggup
menerima penerbitan yang menunjukkan sikap neutral pun. Pada masa yang sama
mereka menggalakkan dan memberi lesen kepada hanya penerbitan-penerbitan
yang menyokong serta mengampu mereka. Tindakan mereka ini sesuai dengan
bermacam-macam tindaka lain. Misalnya, institutsi-institusi seperti masjid
dan suarau akan diperalatkan oleh mereka sepenuh-penuhnya untuk tujuan
politik mereka, walaupun mereka melaungkan bahawa semua institusi tersebut
tidak harus digunakan untuk kepentingan politik (maksud mereka politik yang
lain daripada politik mereka). Nyata sekali pemerintah BN, terutama
pemimpinnya Dr Mahathir, sudah terlalu desperate sehingga  sanggap berbuat
apa saja, tanpa menghiraukan nilai-nilai keadilan serta kebebasan. Selepas
pilihanraya umum lalu mereka bertambah menekan dan zalim. Ini ialah kerana
kegagalan UMNO, dipandang  dari segi kekalahan ramai calom Parlimen dan
DUNnya dan merosostnya undi yang diperolehi UMNO, telah membuat mereka
merasa sangat tergugat. Untuk mempertahankan kuasa, mereka sanggup membawa
negara ini menuju kepada pemerintahan kuku besi.

Syed Husin Ali