KOMENTAR

Salam Reformasi
13-02-2001

BADAN PENCEGAH RASUAH MAHU MENYIASAT SIAPA DI BELAKANG PERWAJA STEEL

Berita terbaru dari BPR ialah mereka mendapat kelulusan Switzerland untuk membantu menyiasat skandal kewangan Perwaja Steel. Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Zaki dalam kenyataannya memaklumkan bahawa BPR mahu mencari siapa dibelakang skandal Perwaja Steel. Sebelum Datuk Ahmad Zaki terus mengaburi mata rakyat yang kononnya BPR bersih dari kongkongan politik Komentar ingin mencabar mereka untuk menyiasat apakah dokumen yang dipaparkan oleh Komentar palsu atau benar ?

KLIK UNTUK KELUARAN KHAS KOMENTAR UNTUK ISU PERWAJA STEEL

Andai dokumen itu sahih maka Datuk Ahmad Zaki perlu menyoal Dr Mahathir terlebih dahulu atas campurtangan beliau dan kuasa yang ada pada beliau dalam meluluskan beberapa perkara khususnya kewangan. Andai tidak maka kredibiliti Price Water House dalam menyempurnakan akaun dan bertanggung jawab atas lapurannya tergugat.

BPR pada pandangan Komentar hanya mahu memanjangkan isu Perwaja sehingga orang yang benar-benar bertanggung jawab dalam skandal ini terlepas dari tuduhan. Isu wang di Swiss Bank tersebut memang penting tetapi siasatan harus bermula juga dengan menyoal peranan Dr Mahathir dalam Perwaja Steel. Jelas dari dokumen yang di "scan" oleh Komentar selain dari Eric Chia, Dr Mahathir juga terbabit dalam urusan kewangan Perwaja Steel.

Beberapa "scan" dokumen itu menunjukan bahawa Mahathir juga terlibat dalam meluluskan pembayaran. Komentar mencabar BPR untuk memulakan siasatan sebenarnya dari hanya menghabiskan masa dengan menuruti telunjuk Dr Mahathir.

Kita juga tahu Dr Mahathir mempunyai kuasa keatas BPR dengan keengganan BPR menyiasat Bekas Bank Negara (yang dijumpai dengan wang beratus ribu didalam pejabat ) Datin Paduka Rafidah Aziz dan banyak lagi skandal rasuah yang membabitkan menteri.

BPR setakat ini terus di ragui kredibilitinya.

KOMENTAR