From: 

suaram <suaram@geocities.com>

To: 

suaram@geocities.com

Subject: 

2nd. letter to IGP on Tian

Date: 

Wed, 20 Sep 2000 15:55:07 +0800

SUARAM
MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA SUARA RAKYAT MALAYSIA WORKING TOWARDS HUMAN RIGHTS

383 (1st Floor), Jalan 5/59, Petaling Gardens, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 603-77843525, 77820357 Fax: 603-77843526
Email:suaram@geocities.com http://www.suaram.org

20hb. September 2000

Kepada,
Tan Sri Norian Mai,
Ketua Polis Negara,
Ibupejabat Polis Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur. DENGAN FAX/POS

Tan Sri Norian Mai,

HASIL PENYIASATAN :
SALAHGUNA KUASA POLIS, PENDERAAN DAN UGUTAN JENAYAH
TIAN CHUN DIBELASAH DALAM TAHANAN POLIS !

Saya merujuk kepada surat saya bertarikh 9hb. Ogos 2000 mengenai perkara diatas dan perjumpaan saya dengan Tan Sri KPN pada 18hb. Ogos 2000.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas perbincangan yang diadakan tempoh hari dan menulis surat ini sebagai satu susulan kepada perjumpaan tersebut.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mendapat sedikit maklumbalas mengenai hasil siasatan dan untuk mengetahui samada siasatan sudah selesai atau belum. Saya juga ingin mengetahui tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak polis keatas anggota polis yang terbabit seandainya mereka terlibat dalam mencederakan Tian Chua.

Sekian Terima kasih dengan harapan mendapat satu maklumbalas dari pihak Tan Sri KPN dalam masa terdekat ini.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar




S.Arutchelvan
Penyelaras

Sk - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)





-------------------------------------------------------------------------------
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
add: 383, 1ST FLOOR, JALAN 5/59, PETALING GARDENS
46000 PETALING JAYA, SELANGOR, MALAYSIA
tel: 60-3-77843525 fax: 77843526
email: suaram@geocities.com website:http://www.suaram.org