KOMENTAR

 

17.10.2000

Salam Reformasi

 

TERBONGKAR KEJIJIKKAN UTUSAN MALAYSIA

 

Komentar baru-baru ini telah di beritahu tentang satu kerja buruk Utusan Malaysia.  Rupanya satu pasukan telah di beri tugas untuk menulis dengan tulisan yang konon-kononnya di terima dari rakyat.

 

Kolum PENDAPAT yang wujud di bahagian RENCANA hanyalah satu penipuan. Di beritakan bahawa UTUSAN jarang sekali menerima tulisan yang kononnya datang dari pembaca yang mengkritik pihak pembangkang dan kepimpinannya. UTUSAN dan pasukan khasnya akan menulis dan kemudiannya meletakkan nama yang kononnya datang dari suara rakyat.

 

Kerja-kerja Utusan Malaysia ini adalah satu lagi contoh bagaimana terdesaknya kerajaan Malaysia di bawah kelolaan UMNO untuk mendapat sokongan melayu.

 

Komentar telah menerima lapuran ini dari kakitangan Utusan sendiri yang mengatakan bahawa artikel-artikel yang mengkritik pembangkang bukan datangnya dari suara rakyat tetapi suara penulis upahan Utusan.

 

Menurutnya lagi Utusan Malaysia kini selalu menerima tulisan yang mengkritik mereka sebagai tali barut pemerintah dan surat kabar lacuran.

 

Komentar tersenyum dengan tema yang di gunakan yakni UTUSAN MALAYSIA SURAT KABAR LACURAN.  Kalau di fikirkan memang kena dengan peranan Utusan Malaysia sebagai pelacur untuk di gunakan oleh UMNO. Surat Kabar lacuran ini sekarang semakin tidak di terima oleh rakyat. Walaupun di luar Bandar surat kabar ini masih di beli tetapi sedikit sebanyak mereka sudah mula sedar akan bahaya membeli surat kabar Utusan Malaysia yang penuh dengan manipulasi semata-mata untuk menutup kebenaran dan keadilan.

 

SAH UTUSAN MALAYSIA SURAT KABAR LACURAN

 

Komentar