Norhaizat Abd Samat

Selayang Baru

Selangor

 

26hb. Ogos 2000

 

YAB Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain

Menteri Besar Kedah

Pejabat Menteri Besar

Wisma Darul Aman

Jalan Tuanku Bendahara

05503 Alor Setar

Kedah

 

YB Dato’ Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir

Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan

Tingkat 36, Menara Dato’ Onn

Pusat Dagangan Dunia Putra

45, Jalan Tun Ismail

50694 Kuala Lumpur

 

YAB Dato’ Seri/YB Dato’,

 

Sikap Exco Kerajaan Negeri

 

Dengan segala hurmatnya saya merujuk perkara di atas. Saya berharap YAB Dato’ Seri/YB Dato’ dapat menerima teguran saya ini demi kebaikan Umno dan nama baik YAB Dato’ Seri dan YB Dato’.

 

Saya dapat melihat betapa tidak betulnya sikap YB Othman Md Aji, Exco Kerajaan Negeri dan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri yang memalukan. Dia tidak tahu apa yang dia cakap dan dia tidak peduli dengan siapa dia bercakap. Dia tidak tahu apa-apa tetapi dia buat-buat tahu. Sikap ini sungguh jelik dan menjijikkan.

 

Pengalaman saya sendiri ditambah dengan cerita kawan-kawan, maka saya tulis surat ini untuk pengetahuan YAB Dato’ Seri dan YB Dato’ supaya Umno Kedah tidak malu, Menteri Besar tidak malu dan YB Dato’ Abdul Kadir yang pernah melantiknya menjadi Setiausaha Politik tidak malu.

 

Perkara pertama, banyak perkara yang tidak patut berlaku telah berlaku seperti mendirikan khemah untuk menjayakan konvensyen Umno Kedah di UUM walaupun kovensyen itu dibatalkan atas arahan MT Umno. Tuntutan sewa khemah itu terpaksa dibayar kerana kecuaian Setiausaha Perhubungan tidak membatalkan tempahan.

 

Perkara kedua, apabila wartawan menghubunginya melalui telefon untuk mendapat satu-satu komen khususnya mengenai Umno Kedah, dia akan berbohong dengan mengatakan… “sebentar lagi saya telefon balik” dan selepas itu dia akan mematikan telefonnya supaya tidak boleh dihubungi. Ini bukan sekali tetapi acap kali.

 

Ketiga, bila orang bertanya, dia buat-buat tahu satu-satu subjek itu tetapi hakikatnya dia tidak tahu apa yang dia cakap. Saya ambil contoh mengenai Rumah Lindungan Raja dekat Sedim, Kulim. YB Dato’ Kadir sendiri beritahu rumah itu memang tidak mendapat apa-apa bantuan dari Muzium tetapi YB Othman Md Aji memberitahu, kerajaan negeri memang membiayai rumah tersebut sejak dahulu lagi.

 

Keempat, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Belia Kulim, masa mesyuarat itu dia sendiri yang tentukan. Tetapi ini tidak menyebabkan dia menjalankan mesyuarat itu sepenuh hati. Sebaliknya meninggalkan mesyuarat lebih awal dan bercakap perkara-perkara yang dia sendiri tidak tahu mengenainya. Ini cukup memalukan kerana pegawai-pegawai kerajaan yang hadir bermesyuarat dan pegawai-pegawai belia lebih tahu subjek yang dia bercakap.

 

Betul kata bijak pandai, lebih baik diam dari bercakap. Diam mungkin menyebabkan orang ingat kita tahu tetapi tidak mahu bercakap tetapi bila bercakap perkara yang kita sendiri tidak tahu, sah bodoh.

 

YB Othman Md Aji juga sering gagal menjalankan mesyuarat urusetia konvensyen yang dia sendiri menjadi pengerusinya dan sering datang lambat dan pulang awal setiap kali bermesyuarat. Dalam mesyuarat, dia akan merepek, meraban dan bercakap perkara-perkara yang tidak menunjukkan dia seorang Exco. Tindak-tanduknya juga cukup memalukan, malahan menunjukkan dia seorang Exco yang tidak tahu apa-apa.

 

Apa sebab YB Dato’ Kadir mengambilnya menjadi Setiausaha Politik dahulu? Sebab apa YAB Dato’ Seri Syed Razak melantiknya menjadi Exco dahulu? Dan sebab apa dia diberikan jawatan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri?

 

Saya juga ada dengar cerita YB Othman Md Aji memang kerap datang lewat walau apa sekali pun majlisnya termasuk majlis mengadap DYMM Tuanku Sultan Kedah. Tidak bolehkah YAB Dato’ Seri gugurkan sahaja jawatannya kerana jika disimpan manusia jenis ini, alamat Umno Kedah akan menemui ajalnya dalam pilihan raya akan datang.

 

Seorang lagi Exco, YB Dr. Othman Ishak juga dikenali sebagai Exco yang tidak menghurmati Menteri Besar dan Exco yang tidak buat homework ketika berhadapan dengan pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

 

Pernah satu majlis dengan pelajar-pelajar Universiti, Menteri Besar sudah sampai tetapi dia sebagai Exco Pendidikan tidak sampai lagi. Bila dihubungi di rumahnya, orang yang menjawab panggilan telefon itu memberitahu YB Dr. Othman tidak berada di rumah kerana pergi melihat rumah barunya.

 

Exco yang paling sombong di kalangan orang-orang media pula ialah sianak dara tua, Rosnah Majid. Tapi, tiada siapa yang peduli dengan Rosnah ini kerana semua orang tahu dia ni kekasih MGG Pillai, penulis Hindu yang terkenal itu.

 

Sementara Exco yang masih lagi terkejut kerana menjadi Exco ialah Fadzil Hanafi. Jawapan di sidang Dewan Undangan Negeri Kedah cuba dipolitikkan sedangkan dia berhadapan dengan wakil-wakil rakyat pembangkang yang hebat-hebat seperti Dato’ Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Azizan Razak, Haji Taulan Rasul, Saudara Sauki Ibrahim, Saudara Munir Zakaria, Ir. Fakrurrazi dan Saudara Ghani Ahmad.

 

YAB Dato’ Seri Syed Razak sepatutnya menyusun semula barisan Exconya. Beri cuti kepada Othman Md Aji, Dr. Othman Ishak, sianak dara Rosnah Majid dan Fadzil Hanafi ini kerana mereka perlu belajar dan tidak wajar dilantik menjadi Exco hanya kerana mahu mencukupkan quota. Kalau Dato’ Seri tidak berani membuat perubahan, YAB Dato’ Seri sahajalah bercuti, pergi belajar lagi dan carilah seorang yang ‘muda’ menjadi Menteri Besar seperti yang dilakukan oleh Dato’ Seri Abu Hassan Omar di Selangor.

 

Semoga YAB Dato’ Seri dan YB Dato’ sentiasa berada di dalam perlindngan Allah jua.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adalah saya yang benar;

 

 

 

 

 

NORHAIZAT ABD SAMAT

 

s.k.

YAB Perdana Menteri

YAB Timbalan Perdana Menteri

Naib-naib Presiden Umno

Setiausaha Agung Umno

Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno

Ketua-ketua Bahagian Umno Kedah

Ketua Pergerakan Pemuda/Wanita Umno Kedah

Setiausaha-setiausaha Bahagian Umno Kedah

 

(PS)